in ,

ISM Bakal Lahirkan 300 Pemimpin & Usahawan Muda Setiap Tahun

Seramai 300 usahawan muda dan pemimpin organisasi bakal dilahirkan melalui inisiatif Innovative School of Management (ISM) dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperlukan untuk memimpin.

Menurut Presidennya, Amir Faisal Ahamed Latfi, program Usahawan Jutawan Muda yang diperkenalkan hari ini memenuhi kehendak semasa dan dalam masa sama dapat membantu usaha kerajaan memastikan tiada pelajar tercicir dalam pembelajaran akademik ditambah dengan penerapan aspek kepimpinan.

“Melalui program Usahawan Jutawan Muda, kami dapat membantu anak-anak muda ini terutama dalam aspek pembangunan jati diri, kepimpinan dan pengurusan yang merupakan elemen penting bagi sesebuah perniagaan berkembang termasuk dalam sesebuah organisasi jika mereka bekerja nanti.

“ISM mensasarkan untuk melahirkan 300 usahawan muda bermula tahun ini yang direka bentuk untuk memberi inspirasi dan memperkasakan pelajar dengan menerapkan semangat keusahawanan dalam membangunkan generasi pemimpin sesebuah organisasi yang berdaya saing dan berkaliber di masa akan datang.

“Mereka ini bukan sahaja mempelajari teori sebaliknya secara praktikal melalui perniagaan di mana setiap pelajar bukan saja ada pensijilan akademik nanti bahkan ada perniagaan masing-masing ketika belajar di sini. Ia memastikan pelajar bersedia mengharungi cabaran dunia alam kerjaya sebenar sama ada sebagai usahawan mahupun pemimpin sesebuah organisasi,” katanya ketika pelancaran program Usahawan Jutawan Muda oleh ISM, di sini hari ini.

SM Bakal Lahirkan 300 Pemimpin & Usahawan Muda Setiap Tahun
Presiden ISM, Amir Faisal Ahamed Latfi (dua dari kanan) bersama Ahli Lembaga Pengarah Innovative Capital Berhad, Shahawati Umar (dua dari kiri), Naib Canselor Innovative University College, Prof. Dr. Mohd Zaher Mohd Zain (kiri) dan General Manager Perdana University, Associate Professor Dr. Fairol Halim ketika sidang media selepas pelancaran Program Usahawan Jutawan Muda di pejabat ISM hari ini.

ISM sebagai institusi pendidikan yang inovatif yang berbeza daripada yang lain, bukan sahaja menyampaikan pengetahuan akademik tetapi juga menyediakan pelajar-pelajar dengan pengalaman dan kemahiran sebenar sebagai seorang pemimpin masa depan.

“Landskap ekonomi yang turun naik, polikrisis dunia memerlukan penyelesaian inovatif dan program ini dapat memperkasa usahawan muda menyumbang idea transformatif yang boleh memacu pertumbuhan dan kemakmuran ekonomi.

“Selaras dasar Malaysia untuk mewujudkan lebih ramai usahawan, kami juga mengguna pakai dunia digitalisasi dan teknologi terkini supaya kekal berdaya saing dalam ekonomi global. Lihat PAUTAN INI” jelasnya.

SM Bakal Lahirkan 300 Pemimpin & Usahawan Muda Setiap Tahun
Presiden ISM, Amir Faisal Ahamed Latfi.

Dalam pada itu, Amir Faisal memberitahu, antara objektif teras Usahawan Jutawan Muda ialah membantu diri, keluarga dan masyarakat dengan melahirkan pelajar dengan nilai kepimpinan sebenar, integriti termasuk amalan kemampanan, alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Program ini juga bertujuan untuk mewujudkan impak positif kepada keluarga dan komuniti serta menyediakan laluan untuk kemajuan sosioekonomi dan mobiliti,” ujarnya.

Sementara itu, Amir Faisal menyatakan program Usahawan Jutawan Muda itu sebenarnya terinspirasi daripada RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) yang berpengalaman dalam 15 tahun melahirkan usahawan jutawan dan berjaya di negara ini.

SM Bakal Lahirkan 300 Pemimpin & Usahawan Muda Setiap Tahun
Pengerusi Innovative University College, Kapten  (Bersara)  Dato’  Professor  Emeritus, Dr.  Hashim  Yaacob mengetuk gong sebagai simbolik pelancaran Program Usahawan Jutawan Muda sambil disaksikan Ahli Lembaga Pengarah Innovative Capital Berhad, Shahawati Umar dan Presiden ISM, Amir Faisal Ahamed Latfi di pejabat ISM hari ini.

Jelasnya, daripada situ kami membangunkan suatu model yang komprehensif dalam usaha membangunkan pelajar-pelajar yang berkompetensi dan bersedia untuk memimpin bila tamat pengajian.

Program Usahawan Jutawan Muda kini menerima permohonan daripada pelajar yang bersemangat dan bercita-cita untuk menjadi usahawan mahupun bakal pemimpin masa depan. Untuk maklumat lanjut, layari https://myism.my/.

KLIK SINI UNTUK PAUTAN DI TIKTOK

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Saya Mengaku Saya Memang Salah…” – Marissa Akhirnya Bersuara

DIANA DANIELLE

Bersama Dengan Rindu, Lagu Patah Hati Diana Danielle Selepas Bercerai