in ,

Sleeq Bakal Pindah ke Malaysia Selepas Syarif Nikah

[dropcap]O[/dropcap]leh kerana mendapat sambutan baik oleh peminat-peminat muzik di Malaysia, Sleeq dikhabarkan bakal menetap di Malaysia selepas Hari Raya Aidilfitri ini. Wah, tahniah lah, Sleeq. menurut kata Syariff:

“Sekarang ini, kiranya saya sudah 80 peratus di Malaysia, cuma Alyph sahaja yang berulang- alik Singapura Malaysia kerana dia masih dalam latihan khidmat negara.”

Syarif turut berkongsi berita gembira bakal menamatkan zaman bujangnya, tahun depan. Pemuda itu telah mengikat tali pertunangan dengan peserta Singapore Idol musim ketiga, Malaque Mahdaly, hujung tahun 2011. Syarif turut memaklumkan selepas berkahwin nanti, dia akan saya akan bawa isteri menetap di sini.

Dalam perkembangan lain, selepas Aidilfitri ini juga, Sleeq bakal mengeluarkan album mereka dan mengadakan jelajah ke universiti tempatan. Selain itu, Sleeq bakal mula menjalani penggambaran sebuah drama yang mengisahkan perjalanan hidup Sleeq. Mungkin akan datang selepas mereka menetap di Malaysia, akan banyak lagi produk dan karier nyanyian akan berkembang di bawah pengurusan Aaron Aziz. Good luck!

Sleeq

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Presents Wind Chimes in a Bakery

Gambar Sekitar Festival Muzik Kuala Lumpur 2013