in , ,

Siti Sarah Muatnaik Gambar Ketika Semasa di SPRM

Semalam, banyak akhbar yang melaporkan bahawa pasangan suami isteri Shuib dan Siti Sarah telah dipanggil oleh pihak pencegah rasuah, SPRM.

Ini dikatakan ada kaitan dengan siasatan kes penggubahan wang yang melibatkan perniagaan air bobba madu mereka. Pada hari ini, akhirnya Siti Sarah bersuara dan telah update satu entry tentang kes berkenaan.

Siti Sarah upload dua keeping foto menunjukkan dirinya bersama Shuib sedang berada di pejabat SPRM. Jelas Sarah, dia ke sana untuk bekerjasama dan sebagai satu tanggungjawab.

Siti Sarah Muatnaik Gambar Ketika Semasa Di Sprm

Ini captionnya:

“Alhamdulillah syukur, kami dipanggil hanya untuk memberi kerjasama dan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia”.

– SITI SARAH

Dalam pada itu, pihak pengurusan mengatakan kedua pasangan suami isteri itu tak akan memberi sebarang kenyataan lagi kerana kes itu sedang di siasatan pihak berkuasa.

“Ketika ini, Shuib dan Siti Sarah tak akan buat sebarang kenyataan kerana tak nak ganggu siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak SPRM. Kita kena menghormati sistem dan undang-undang negara ini”.

“Namun begitu, apa yang pastinya, Shuib telah beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPRM dalam memberi kenyataan untuk bantu siasatan. Itu sahaja penjelasan yang boleh diberitahu”.

– PENGURUS
Siti Sarah Muatnaik Gambar Ketika Semasa Di Sprm

Menerusi laporan media, beberapa usahan dan juga selebriti lain juga akan dipanggil untuk membantu siasatan kes gubahan wang ini.

Diruang komen, ramai yang mendoakan agar pasangan suami isteri ini terus kuat dalam hdapi dugaan berkenaan.

Rakan terdekat termasuk artis juga memberi dorongan kepada mereka seperti Achey, Fad, Haiza dan Rahim. Ini komen Rahim Sepahtu: “Alhamdulillah, take care guys. Semoga urusan kalian berdua dipermudahkan,”

Ketika ini, Shuib sedang viral menerusi perniagaan air bobba madunya yang mempunyai banyak cawangan. Setiap kali cawangan baru dibuka, para pembeli sanggup beratur berjam lamanya untuk merasa air yang dikatakan sedap itu. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Blackpink 2020 | 19

BLACKPINK presents The Album with Exclusive Content on Spotify

Fattah Fazura | 20

Fazura Selamat Melahirkan Anak Perempuan, Fattah Kongsi Rasa Syukur di Instagram