in

Siti Nurhaliza Terus Berteka Teki Tentang Jantina Anak dalam Kandungan

PERNAH memberi bayangan bakal menimang bayi perempuan, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bagaimanapun mengambil pendekatan untuk terus berteka-teki.

Tambahan pula, katanya, suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa tidak selesa untuk berkongsi soal tersebut kepada umum.

“Nantilah, kena tunggu masa dulu. Lagipun, suami tak berapa gemar sangat nak berkongsi sebab ia masih dalam perut dan belum cukup sifat lagi. Jadi, saya kena akur,” katanya pada Sinar Harian ketika ditemui di program larian amal, Jakel Charity Run for Rohingya, hari ini.

Siti Nurhaliza

Sebelum ini, pelantun lagu Segala Perasaan ini memuat naik video ketika melakukan imbasan ultrasound bayi dalam kandungannya menerusi akaun Instagramnya (IG), baru-baru ini.

Bagaimanapun, video itu didapati sudah dipadamkan daripada akaunnya, tidak lama selepas itu.

“Tak ada apalah, semua itu sebab saya rasa seronok. Saya bukan nak berahsia sangat tapi nantilah. Bila tiba masa, baby boy atau girl, pasti akan tahu juga nanti,” katanya.

Mencecah enam bulan usia kehamilannya, penyanyi berusia 38 tahun ini mengakui tahap kesihatannya semakin baik.

Bahkan, katanya, doktor turut menasihatkan untuk terus bergiat aktif.

“Alhamdulillah, saya dah semakin OK. Sebab itu, saya join larian amal ini sebagai satu tanda sokongan buat rakyat Rohingya yang sangat memerlukan. Lagipun, berjalan saja bukan berlari (ketawa),” katanya.

Pada masa sama, penyanyi lagu Terbaik Bagimu ini juga bersyukur apabila alahan yang dialami semakin berkurangan.

“Alahan itu masih ada, tapi dah berkurang sikit, cuma ia tak tentu dan bergantung pada mood. Tapi, saya masih tak boleh makan makanan pedas sedangkan itu kegemaran saya,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dulu Bising Suruh Kahwin, Sekarang Kecoh Soal Tudung

Ada Sebab Syura Tersingkir di Separuh Akhir Gegar Vaganza