in , ,

Siti Nurhaliza & Sheikh Muszaphar Tangga Teratas World’s Most Admired People di Malaysia

Mungkin kerana pencapaian mereka yang bukan calang-calang! Tahniah diucapkan kepada Dato Dr Sheikh Muszaphar dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza kerana mendapat pengiktirafan sebagai ‘World’s Most Admired In Malaysia’.

Menerusi portal YouGov, Dato Dr Sheikh Muszaphar mendapat tempat pertama bagi kategori Lelaki Yang Paling Dikagumi Ramai manakala Dato Siti Nurhaliza mendapat tempat pertama dalam kategori Wanita Paling Dikagumi Ramai.

Senarai itu dikeluarkan oleh portal YouGov menerusi pencalonan terbuka World’s Most Admired dari panelis di 42 negara dan wilayah seluruh dunia sejak Januari hingga Mac tahun ini.

Siti Nurhaliza &Amp; Sheikh Muszaphar Tangga Teratas World’s Most Admired People Di Malaysia

Menurut portal itu, kajian tahun ini adalah kajian terbesar mereka dengan lebih dari 45,000 orang di 42 negara dan wilayah ditemu ramah untuk menyusun senarai.

Menurut carta yang disertakan, Siti Nurhaliza meraih 18.83 peratusan kekaguman bagi setiap orang di 42 negara dan wilayah di seluruh dunia untuk kategori wanita.

Menerusi kapsyen di Instagram, Dato Dr Sheikh Muszaphar mengucapkan terima kasih kepada semua.

Siti Nurhaliza &Amp; Sheikh Muszaphar Tangga Teratas World’s Most Admired People Di Malaysia

Antara tokoh yang turut tercalon bagi kategori lelaki adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, Dato Lee Chong Wei, Jack Ma dan ramai lagi.

Manakala, Tun Siti Hasmah, Dr Amalina Che Bakri dan Dato Nicole David antara yang memonopoli tangga teratas bagi kategori wanita.

Siti Nurhaliza &Amp; Sheikh Muszaphar Tangga Teratas World’s Most Admired People Di Malaysia

Siti menyifatkan keputusan itu sebagai satu penghargaan orang ramai terhadapnya.

“Alhamdulillah, saya tak menjangka dan tak terfikir pun benda macam ini. Tapi, apabila ada keputusan menggembirakan, saya bersyukur. Saya rasa ini satu penghargaan orang pada saya.

“Ini semua hasil undian mereka kan. Insya Allah, saya akan terus memberikan contoh dan hasil kerja terbaik, supaya apa saya tonjolkan memberi manfaat kepada orang lain.

“Itu yang saya nak mereka nampak dan hargai. Terima kasih pada semua yang sudah menghargai saya sepanjang saya bergelar anak seni,” 

– Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Untuk kategori lelaki pula, Sheikh Muszaphar paling teratas merangkul 10.64 peratus, diikuti Lee Chong Wei, 8.88 peratus serta Mahathir Mohamad memperoleh 8.80 peratus.

“I’m humbled, I’m honourd. Thank you so much. Love always,”

– Dato’ Sheikh Muszaphar

Selain itu, Nur Amalina Che Bakri selaku tempat kedua mendapat 10.03 peratus dan diikuti Nicol David yang memperoleh 6.76 peratus.

Tahniah!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zara Zya | 16

Sudah Lama Pendam Niat, Kini Zara Zya Tambah Manis Bertudung

Adi Putra 2020 | 17

Sinopsis Drama Bersiri BICARA CINTA Lakonan Adi Putra, Emma Maembong & Azrel Ismail