in , ,

Siti Nurhaliza Lancar Laman Sesawang Siti Nurhaliza Official

Berpengalaman selama 18 tahun dalam bidang seni dan hampir 4 tahun bergelar seorang usahawan, Dato’ Siti Nurhaliza mengorak langkah setapak lagi untuk memperkukuhkan empayar seni dan perniagaannya dengan memperkenalkan laman web rasmi `Siti Nurhaliza Official’ di www.simplysiti.com.my. Laman web rasmi ini diwujudkan sebagai satu simbol untuk mengumpulkan semua perkara yang berkaitan dengan Dato’ Siti Nurhaliza iaitu peminat-peminat beliau dalam bidang seni dan juga pengguna-pengguna SimplySiti di bawah satu bumbung.

SITI NURHALIZA

Sesuatu yang unik berkaitan laman ini apabila untuk pertama kalinya, platform Dato’ Siti Nurhaliza dalam profilnya iaitu Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd, SimplySiti dan juga laman peminatnya, SitiZoners disatukan dalam laman web rasmi ini.

Bermula dari saat ini, segala info terbaru dan eksklusif mengenai Dato’ Siti Nurhaliza akan disiarkan dan dipaparkan di dalam laman ini, seperti kegiatan seni, klip-klip video eksklusif yang tidak dapat di laman web lain dan juga informasi tentang aktiviti dan kalendar beliau sepanjang tahun.

Berita baik bagi peminat Dato’ Siti Nurhaliza dan pengguna SimplySiti pula, pelbagai promosi dan pembelian secara online barangan SimplySiti kini boleh didapati di laman web rasmi ini.

Hanya dengan satu klik, anda mampu memiliki barangan dari SimplySiti dan barangan eksklusif atau cenderahati dari Siti Nurhaliza Collections.

Siti Nurhaliza Official Segalanya Tentang Dato’ Siti Nurhaliza Di Hujung Jari Anda. Jom layari www.simplysiti.com.my

Socialize. Entertain. Shop merupakan slogan yang digambarkan sebagai pengalaman anda apabila anda mula melayari laman rasmi ini.

Dato’ Siti Nurhaliza berkata:

“Hari ini, laman web Siti secara rasminya telah dilancarkan. Siti berasa amat bersyukur, kerana akhirnya usaha Siti bersama team SNP dan SimplySiti berjaya direalisasikan.

Kepada semua peminat Siti dan semua pengguna SimplySiti, layarilah laman rasmi ini kerana terdapat banyak cerita menarik dan juga banyak promosi dan hadiah hebat dari SimplySiti dan Siti Nurhaliza Productions. Siti sangat teruja sewaktu pembikinan laman rasmi ini kerana ini adalah pertama kali Siti menggabungkan segalanya tentang Siti dalam satu.

Ia lebih mudah buat semua peminat Siti untuk menuju satu laman bagi mengetahui aktiviti-aktiviti Siti. Ini juga akan turut memudahkan dan memberi peluang bagi peminat Siti dan SimplySiti di luar negara yang seringkali meminta Siti untuk melancarkan produk kami ke sana.”

– Dato’ Siti Nurhaliza

Majlis ini telah diserikan dengan celoteh pengacara Zain Saidin serta persembahan istimewa Dato’ Siti bersama artis jemputan, Awi Rafael yang merupakan antara video menarik yang boleh disaksikan di Siti Nurhaliza Official.

Menariknya lagi, sepanjang dua minggu yang lepas, SimplySiti telah pun melancarkan klip video wangian terbaru dengan lagu baru Dato’ Siti “Lebih Indah” yang akan dimuatkan di dalam albumnya nanti.

10 pemenang yang telah meneka hubungan antara karakter HIM, MISS dan HER turut dijemput ke majlis di mana klip penuh telahpun disiarkan.

Dan sebagai aktiviti pertama yang dijalankan melalui laman rasmi ini serta Facebook SimplySiti, mereka yang menonton klip video penuh nanti boleh menyertai peraduan menghasilakn Video Parodi, pemenang bakal pulang dengan hadiah percutian bersama Dato’ Siti Nurhaliza.

Majlis dimeriahkan lagi dengan permainan-permainan menarik dan aktiviti menarik. Dan mereka yang bakal membeli-belah produk SimplySiti secara online turut berpeluang memenangi hadiah menarik. Segalanya di dalam Siti Nurhaliza Official nanti.

Laman rasmi ini telah pun bermula secara langsung pada hari ini dan terdapat juga ruangan di mana peminat-peminat Dato’ Siti boleh mendaftarkan diri sebagai ahli rasmi SitiZoners, iaitu kelab peminat utama Dato’ Siti Nurhaliza.

Di sini mereka dapat berinteraksi bersama Dato’Siti dan banyak lagi aktiviti dan peraduan menarik untuk mereka sertai. Bagi pengguna yang pertama kali mendaftar, anda boleh terus mendaftar sebagai ahli seumur hidup. Pendaftaran awal akan menerima baucer diskaun RM10 untuk pembelian produk SimplySiti secara online.

Layari www.simplysiti.com.my dan klik ‘Like’ di Facebook SimplySiti serta ‘Follow’ Instagram dan Twitter OfficialSimplySiti.

Produk SimplySiti, boleh juga didapati di semua cawangan Watson’s, Guardian, cawangan AEON, AEON Big dan Tesco terpilih, di Sogo KL dan juga di Paloma, Brunei Darussalam.

SITI NURHALIZA
SITI NURHALIZA
SITI NURHALIZA
SITI NURHALIZA
SITI NURHALIZA
SITI NURHALIZA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sharifah Sakinah Kecewa Gara-Gara Isu VIdeo Kontroversi?

Synopsis That Winter The Wind Blows