in , ,

Siti Nurhaliza Kesal Lagu 7 Nasihat Dicuri Secara Berleluasa

Sejak beberapa hari lalu, nama penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza disebut-sebut di laman sosial sehingga namanya trending. Selain itu, tanda pagar #SitiNurhaliza2020 turut trending di Twitter.

Berkata kepada media, penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur kerana lagu terbarunya 7 Nasihat duet bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta mendapat sambutan yang baik daripada pencinta muzik. Baginya, 7 nasihat adalah sebuah lagu yang diperlukan untuk menasihati generasi anak muda ketika ini. Menurut Tokti lagu ini juga turut diminati oleh peminat muzik hip hop. 

Siti Nurhaliza juga meluahkan rasa kesal apabila single terbaharunya, yang baru dilancarkan telah dimuat naik secara berleluasa di saluran Youtube.

Tindakan beberapa individu terbabit yang cuba mengambil kesempatan menaikkan jumlah tontonan di laman YouTube peribadi masing-masing menerusi muat naik secara tidak sah itu dilihat sebagai tidak bertangggungjawab. Siti memohon agar pihak terbabit memadam video tersebut dan menghormati hak cipta dan karya insan seni.

Baru-baru ini juga Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah membuat kejutan dengan mendedahkan maksud tersirat di sebalik lagu Tujuh Nasihat melalui laman Instagram rasminya. Kiriman Instagram yang mengandungi sembilan keping gambar dibuat untuk menjelaskan maksud di sebalik lirik lagu itu.

Siti juga turut memberitahu media yang dia kini dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan kecil pada 9 Februari lalu dan akan menjalani rawatan IVFselepas Aidilfitri nanti.

“Alhamdulillah, sekarang saya dalam tempoh pemulihan. Doktor pun menasihatkan supaya menjalankan aktiviti senaman saya seperti biasa dan Insya-Allah, selepas Aidilfitri, saya akan jalani rawatan IVF,”

Siti Nurhaliza

Semoga penyanyi kegemaran ramai ini terus sukses untuk melahirkan lagu dengan karya yang lebih jitu di masa akan datang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bikin Kontroversi, Lagu AKHIR ZAMAN Bunkface Dikecam Kerana Bantah LGBT

Off-The-Beaten-Path Cherry Blossom Tours To Avoid Crowds