in , ,

Ada Sebab Lagu KASIHKU SELAMANYA Siti Nurhaliza Dikatakan Sebuah Lagu Berhantu

Lagu KASIHKU SELAMANYA Siti Nurhaliza dikatakan sebuah lagu yang berhantu telah merasuk Sitizone sejak dilancarkan di alam maya penstriman mulai hari ini iaitu 10 Julai 2019.

Lagu berjudul KASIHKU SELAMANYA atau dalam bahasa Inggerisnya, My Love Forever dendangan dan buah tangan terbaharu dari vokal terindah Dato’ Sri Siti Nurhaliza menjadi buah mulut peminat sejak semalam di ruang sosial media.

Lagu ini dicipta oleh Aubrey Suwito dan lirik pula ditulis oleh Ad Samad. Dirakam di Cranky Music Studio, Petaling Jaya.

Siti Nurhaliza KASIHKU SELAMANYA

Pertama kali Budiey dengar lagu KASIHKU SELAMANYA semalam… terus terasa merinding, terus naik berdiri bulu roma tengkuk… zarah-zarah lagu ini bagaikan meresap ke dalam jiwa. Terasa ada sesuatu lembaga kat belakang memerhati dari jauh. Haa gitu.

Penuh dengan dendam kesumat. Sekali kata cinta, akan cinta selamanya. Walau apa sahaja yang menjadi rintangan. Tagih kasih dari seorang yang dicintai sehingga akan sanggup berkorban apa sahaja.

Salah satu ciri lagu berhantu di mana lagu tersebut telah merasuk si pendengar untuk mendengar lagi dan lagi. Terasa ada sesuatu yang membuatkan si pendengar tak nak beralih kepada lagu lain.

Antara bait lirik yang merasuk jiwa:

Telah kau berjanji kepadaku
Setiamu selamanya
Akulah satu-satunya yang akan kau cinta

Lagu ini dicipta adalah khusus untuk dijadikan lagu tema sebuah filem klasik seram-romantik berjudul REVENGE OF THE PONTIANAK lakonan Remy Ishak, Fazura, Shenty Feliziana, Hisyam Hamid dan ramai lagi. Bertepatan dengan itu, vokal Siti Nurhaliza kedengaran seperti tengah ‘menjampi’ pendengar dengan meluahkan perasaan seorang pontianak.

Kerasukan bermula seawal bait lirik intro dengan irama yang begitu melo dengan menampilkan cuma vokal Siti Nurhaliza bersama piano.

Sayangiku sayangku Seperti sayangnya ku padamu Ku tagih kasihmu Ku raih darimu Semangat Cinta paling agung

Budiey pernah menemubual pelakon utama iaitu Fazura yang telah merungkai kejadian misteri yang dialaminya semasa menjalani pengambaran filem ini.

Seram! Fazura Jumpa Hantu di Lokasi Filem REVENGE OF THE PONTIANAK

Filem arahan Glen Goei, seorang pengarah dari Singapura diarahkan bersama pengarah dari Malaysia Gavin Yap ini bakal menemui penonton di pawagam pada 29 Ogos 2019.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The New Bee Is Buzzing With Music Mania

Sherry Alhadad, Lisa Surihani & Nadiya Nisaa Bergabung Dalam Telemovie GENG