in , ,

Penampilan Dato’ Siti Nurhaliza & Izzue Islam Gamatkan Super Spontan Superstar

Semakin mendapat sambutan hangat daripada penonton, Astro Warna sekali lagi membawakan program Super Spontan Superstar yang menampilkan 16 selebriti popular yang terdiri daripada pelawak, pelakon, penyanyi serta personaliti media sosial tanahair untuk merebut gelaran juara terunggul.

Dato' Siti Nurhaliza & Izzue Islam Gamatkan Super Spontan Superstar

Penampilan Dato’ Siti Nurhaliza & Izzue Islam Gamatkan Super Spontan Superstar

[pullquote align=“left”]Berlangsung selama 10 minggu, Super Spontan Superstar telah menemukan dua kumpulan iaitu ‘Harimau Hipster’ dan ‘Monyet Mafia’ yang akan bertarung pada setiap minggu.[/pullquote]

Harimau Hipster menampilkan ahli kumpulan yang terdiri daripada Tauke, Abam, Syuk (tersingkir), Ozlyn, Jamal (tersingkir), Waris (tersingkir), Zulin Aziz (tersingkir) & Fad. Manakala Monyet Mafia pula terdiri daripada Johan, Achey, Ali Puteh, Altimet, Kamal Adli, Amyza Adnan (tersingkir), Zukiee (tersingkir) & Julia Ziegler (tersingkir).

Kumpulan yang mendapat markah terendah perlu menyingkirkan salah seorang peserta daripada kumpulan mereka manakala kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan memenangi RM5,000 untuk disumbangkan kepada selebriti veteran ataupun selebriti yang memerlukan setiap minggu.

Minggu lalu, tiada penyingkiran dilakukan dan persaingan semakin sengit menjelang minggu suku akhir Jumaat ini.

Siaran Langsung Super Spontan Superstar (Minggu Ketujuh) akan berlangsung pada 23 September 2016 (Jumaat), jam 9.00 malam @ Panggung Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor.

Dato' Siti Nurhaliza & Izzue Islam Gamatkan Super Spontan Superstar

Dato' Siti Nurhaliza & Izzue Islam Gamatkan Super Spontan Superstar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Yang Lebih Menarik dalam Astro Bella Jom Kurus Musim Kedua

Vokal Luar Biasa Datuk Jamal Abdillah, Zamani Slam & Ameng Spring di KONSERT 3 SUARA