in , ,

Siti Nurhaliza Infak 500 Aiskrim Kepada Jemaah di Mekah

Umum mengetahui, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza kini sedang menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya.

Lebih menjadi perhatian, Siti Nurhaliza tidak melepaskan peluang menginfakkan sebanyak 5,000 aiskrim buat para jemaah di Mekah.

Menerusi video tular di TikTok, Siti bersama anak-anaknya, Aafiyah dan Afwa mengedarkan aiskrim kepada jemaah yang berada di kawasan tersebut.

Turut menjadi perhatian, Siti sangat mesra melayan kanak-kanak perempuan yang mahu bersalaman dengannya selepas mendapatkan aiskrim.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sikap rendah diri penyanyi itu serta mendoakan agar Siti dimurahkan rezeki.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ikhwan Minta Penyampai Radio Reda & Terbuka Jika Kontrak Ditamatkan

Tyzo Xander Dilamar Pengacara Anugerah KNKV VIRAL AWARD 2024