in , ,

Siti Nurhaliza Telah Dedah Pilihan Untuk Top 3 Vokal Terbaik di Pentas AJL 37

Menjelang anugerah berprestij tahunan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-37, penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan tiga pilihan teratas untuk kategori Vokal Terbaik AJL.

Menerusi siaran langsung yang disunting di aplikasi TikTok, Siti yang pernah memasuki AJL selama lapan kali ini berkata tidak dapat memberi ramalan pemenang AJL kerana beliau tidak biasa mendengar lagu-lagu finalis.

“Saya tahu ada Aina Abdul, Liza Hanim dan Shila Amzah, Joe Flizzow. Tapi lagu mereka ni saya tak familiar sebab tak dengar selalu lagu yang dipertandingkan. Jadi saya tak boleh bagi ramalan,” katanya.

Namun begitu, pelantun lagu popular Jerat Percintaan ini menyebut nama tiga penyanyi wanita pilihan untuk merangkul gelaran Vokal Terbaik AJL 37.

“Vokal saya tahu Marsha, Aina Abdul, Ernie Zakri.. Ini yang power-power. Ketiga-tiga mereka ni ada peluang untuk merebut gelaran vokal terbaik,”

– Siti Nurhaliza

Di kesempatan itu, ibu anak dua ini turut sempat menyanyi korus lagu Aina Abdul yang berjudul Terus Hidup di akhir video tersebut.

Siapakah yang bakal bergelar juara bagi edisi kali ini? Jangan lupa saksikan malam kemuncak AJL 37 pada 12 Februari 2023 jam 9.00 malam di TV3.

Sebanyak 12 finalis AJL 37 yang akan berentap iaitu Ernie Zakri (Korban), Marsha (Kembali Terang), Aina Abdul (Terus Hidup), Iman Troye (Nang), Shila Amzah dan Liza Hanim (Bahagiakan Dia), Joe Flizzow dan Sona One (Satu Malam Di Temasek), Aliff Satar (Anugerah Terindah), Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi (Debu), Noki dan MK (Payung Pelangi, Khai Bahar (Sengsara), Shiha Zikir (Irama) dan Naim Daniel (Mainan).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jelajah Suria Anggun Cotton Bertemakan Sentuhan 80an, 90an & Terkini

Konsep Gila! Mainan Naim Daniel di AJL37 Libatkan Organ Dalaman Bahaya!