in ,

Siti Nurhaliza Berdepan dengan Cabaran Merakam Album Ketika Hamil 8 Bulan

Datuk Seri Siti Nurhaliza memberitahu dia sekarang ini sedang dalam proses merakamkan album kanak-kanak. Semasa kandungan Tokti yang kini berusia lapan bulan, dia masih lagi bekerja keras ya.

TokTi ada menyiarkan satu posting di IG untuk berkongsi pengalaman merakamkan album dan semestinya dia berdepan dengan cabaran terutama dari segi pernafasan. Lagi pun TokTi ada mengakui yang dia jarang menyanyi sepanjang hamil. Apa-apa pun TokTi bersyukur sebab segalanya dipermudahkan dan rakaman berjalan dengan lancar. 

“Dalam proses rakaman album kanak kanak terbaru..memang tak dinafikan ada cabaran dari segi pernafasan. Maklumlah dah hampir 8 bulan dan jarang menyanyi sepanjang hamil.

“Tapi Alhamdullillah, Allah SWT permudahkan semua..Terima kasih team saya yang bekerja keras menyiapkan album ini,” katanya.

Siti berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Siti memuat naik foto terbaharunya yang difahamkan ketika merakamkan album tersebut.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata teruja untuk menantikan album tersebut yang menyangka lagu tersebut dirakam khas buat anak kedua yang bakal lahir.

“Lagu untuk adik Aafiyah ye…yeay,” teka salah seorang warga net.

“Yeahhh tak sabar,” teruja salah seorang peminatnya.

“Semoga urusan Tok Ti dan baby dipermudahkan,” kata salah seorang netizen.

Siti Nurhaliza kini sedang hamil anak kedua itu dijangka bakal melahirkannya pada April depan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penjelasan Isa Isarb & Mohon Maaf, Ini Cerita Sebenar Geng Futsal Bergaduh, Laporan Ditarik Balik?

Ibu Mentua Nasihat Hannah Delisha & Imam Shah Supaya Teruskan Bersabar