in , ,

Siti Nurhaliza Bakal Tampil dengan Single Terbaharu Kolaborasi Bersama Erwin Gutawa?

Melakar pelbagai kejayaan manis dalam kerjaya nyanyian sepanjang 25 tahun, penyanyi Dato’ Sri Siti Nurhaliza kini dalam perancangan untuk tampil dengan sebuah single istimewa dan merancang untuk buat konsert khas sempena dengan sambutan Jubli Perak.

Khabarnya, single terbabit bakal menyaksikan kolaborasinya bersama maestro muzik dari Indonesia dalam tempoh terdekat ini.

Tanpa mendedahkan siapa pemuzik itu, Siti akui single terbaharu berkenaan adalah buah tangan buat peminat yang selama ini menyokong karier seninya dan bakal tampil berbeza.

“Kami dalam proses berbincang bersama beliau dan juga pihak Universal Music untuk projek istimewa ini sempena 25 tahun saya dalam industri. Siapa dia, biarlah rahsia dulu. Apa yang pasti kami sudah berhubung dan berbincang,”

“Alhamdulillah syarikat rakaman Universal Music juga memberikan kerjasama yang baik untuk projek istimewa ini.

“Doakan saya mendapat karya bagus bagi menggambarkan pengalaman saya sepanjang 25 tahun dalam industri muzik,” 

– Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza

Tokti ditemui pada sidang media virtual sempena sambutan ulang tahun kedua produk Beausiti baru-baru ini.

Biarpun merahsiakan identiti komposer berkenaan, namun dikhabarkan individu dimaksudkan penyanyi Aku Bidadari Syurgamu itu adalah Erwin Gutawa.

Selain menghasilkan single, ibu kepada Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa itu berhasrat muncul dengan konsert khas sempena sambutan Jubli Perak kerjaya seninya itu.

“Saya memang ada perancangan mengadakan konsert khas. Namun, dalam situasi sekarang, kami masih meneliti konsep yang sesuai kerana tidak mahu berkompromi dari segi kesihatan dan keselamatan.

“Lagipun dalam situasi sekarang kami perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Pembikinan konsert ini masih diperhalusi dan hanya akan diumumkan jika ada lokasi serta konsep yang bersesuaian untuk mengimbangi antara memberi hiburan dan pada masa sama, menitik berat soal keselamatan,”

– Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Isteri kepada usahawan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini juga memaklumkan sehingga sekarang dia gembira dan bersyukur sudah menghasilkan lebih daripada 20 buah album.

Di sebalik kemahsyuran yang dimiliki, kedudukan Siti sebagai penyanyi yang disegani bukan lagi untuk berlumba atau bersaing dengan mana-mana penyanyi muda masa kini.

“Kerjaya seni saya sekarang ini bukanlah untuk bersaing dengan mana-mana penyanyi muda yang ada.

“Sebaliknya saya hanya nak kekal konsisten memberikan sesuatu yang berkualiti dalam kerja, baik untuk album mahupun persembahan pentas.

“Saya harap peminat akan kenang saya dengan perkara-perkara yang bagus dan baik kelak,” katanya.

– Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Semoga Tokti terus sukses!

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ashraf Muslim 2020 | 23

Ayah Ashraf Muslim Kini Kritikal Dijangkiti Covid-19 Tahap 5

Google | 24

YouTube Super Chat & Super Stickers Kini Dilancarkan di Malaysia