in , ,

Siti Nurhaliza Bakal Perform di Festival Theatre, Adelaide, Australia

Sebuah lagi kejayaan bakal dilakari oleh pelantun vokal gemersik, Dato’ Sri Siti Nurhaliza apabila beliau mengumumkan untuk mengadakan satu persembahan di luar negara. Syabas diucapkan. Semoga segala yang dirancang berjalan dengan lancar.

Pada 18 Oktober 2019, penyanyi popular tanahair Dato’ Sri Siti Nurhaliza bakal mengadakan konsert khas di Festival Theatre, Adelaide, Australia sempena OzAsia Festival 2019.

Tiket meet & greet berharga $149, Premium $99, early bird $78, group (+8) $75.

Siti Nurhaliza

Untuk maklumat lanjut boleh layari https://www.ozasiafestival.com.au/events/siti-nurhaliza/.

Pengurus beliau, Rozi Abdul menjemput semua peminat Siti Nurhaliza di mana saja anda berada untuk ke Adelaide melalui satu siaran di Facebook.

Kepada peminat-peminat Siti Nurhaliza yang berada di Australia, inilah masanya anda bertemu dengan beliau. Semoga dapat jumpa di Adelaide Oktober nanti!

Siti Nurhaliza Bakal Perform di di Festival Theatre, Adelaide, Australia
Siti Nurhaliza Bakal Perform di di Festival Theatre, Adelaide, Australia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shaheizy Sam Buat Laporan Polis Nama Disalahguna dalam Iklan Pelaburan Mata Wang Digital

Netflix Grows Chinese Language Programming