in , ,

Siti Kasim Samakan Arak & Tahfiz, Abu Syafiq Ajak Berdebat

Pendakwah bebas, Abu Syafiq menggesa pihak berwajib mengambil tindakan tegas terhadap kenyataan Siti Kasim yang mengaitkan isu sekolah tahfiz dengan pemandu mabuk.

Peguam yang terkenal dengan kelantangannya bersuara, Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim menyelar cadangan parti Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Menurut Siti Kassim menerusi laman sosialnya, dia menganggap peningkatan kes kemalangan maut disebabkan pemandu mabuk bukanlah disebabkan minuman keras tersebut tetapi sikap individu.

Oleh kerana kenyataan yang lantang itu, Pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq menggesa pihak berwajib mengambil tindakan tegas terhadap kenyataan Siti Kasim yang mengaitkan 1su sekolah tahfiz dengan pemandu mabvk.

Abu Syafiq berkata, Siti Kassim sepatutnya bertaubat kepada Allah dengan segera.

Siti Kasim Samakan Arak & Tahfiz, Abu Syafiq Ajak Berdebat

“Siti Kasim sepatutnya bertaubat kepada Allah segera. Menyamakan arak dengan sekolah tahfiz adalah kias yang salah. Menteri Agama perlu ambil tindakan ke atas Siti Kasim and the gang serta Syiah dan Wahhabi yang kian membiak membahayakan ummah”- tulisnya di Instagram.

Siti Kasim sepatutnya bertaubat kepada Allah segera. Menyamakan arak dengan sekolah tahfiz adalah kias yang salah. Menteri Agama perlu ambil tindakan keatas Siti Kasim and the gang serta Syiah dan Wahhabi yang kian membiak membahayakan ummah

Terdahulu, Siti Kasim mencetuskan kontroversi ketika menyentuh mengenai isu pemandu mabuk yang semakin menjadi-jadi ketika ini. Peguam itu membangkang cadangan untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang membabitkan pemandu mabuk.

Siti Kasim Samakan Arak & Tahfiz, Abu Syafiq Ajak Berdebat

Dipetik dari ISMAWEB, dia berkata, peningkatan kes itu disebabkan sikap tidak bertanggungjawab mereka yang mengambil minuman berakohol itu.

“Alkohol itu bukan masalah. Tapi peminum yang tidak bertanggungjawab itulah punca masalah sebenar. Begitu juga dengan isu yang melibatkan sekolah tahfiz. 

Masalahnya adalah disebabkan oleh pihak pengurusan sekolah.

“Kamu (PAS) mahu mengharamkan alkohol hanya kerana menepati kehendak anda, kalau begitu haramkan juga sekolah tahfiz yang telah menyebabkan banyak masalah terhadap anak kecil yang tidak berdosa,”

ISMAWEB.

Kenyataan Siti Kasim itu mengundang kemarahan orang ramai. Rata-rata netizen menganggap ia amat biadab, melampau dan bersifat penghinaan ke atas agama Islam dan institusinya.

Siti Kasim Anggap Orang Melayu Dengan Fitnah dan Bodoh Tak Akan Berpisah

Dalam posting terbarunya di Instagram, Siti Kassim menganggap sebilangan orang Islam tidak mengerti apa yang disampaikan olehnya.

Ketika memberikan komentar mengenai desakan rakyat agar arak diharamkan, Siti Kasim dilihat cuba mengalihkan isu dengan menyalahkan sekolah Tahfiz. Kata Siti Kasim:

“Alcohol is not the problem. The irresponsible drinkers are the problem. Just like the Tahfiz schools are not the problem. It is the management that managed the schools are the problem. You want to ban alcohol just because it suits you? Then ban Tahfiz schools too for causing much damage to our innocent children.” (FB Siti Kasim)

2. Ini adalah satu falasi yang jelas bahkan bertentangan dengan syarak. Al-Quran secara tuntas menerangkan bahawa arak adalah minuman yang membawa keburukan. Bagaimana Siti Kasim boleh mengatakan arak bukan satu masalah sedangkan al-Quran menafikannya. Adakah Siti Kasim cuba mempertikaikan al-Quran?

3. Kesalahan kedua dilihat apabila Siti Kasim cuba menyamakan kelemahan pengurusan Sekolah Tahfiz dengan mudarat yang dibawa oleh arak. Analogi atau perbandingan yang dibawa Siti Kasim ini menampilkan falasi yang sangat jelas. Mudarat arak telah disahkan di dalam al-Quran sedangkan kelemahan pentadbiran boleh diperbaiki.

4. Malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO-World Health Organization) sendiri mengesahkan bahawa tiada paras yang selamat buat minuman beralkohol. Ia langsung tidak boleh disamakan dengan kelemahan pentadbiran yang boleh diperbaiki dengan latihan pengurusan dan jalan lain.

Agak menghairankan bagaimana analogi begini dikeluarkan oleh orang yang berpendidikan. Atau apakah golongan liberal begitu anti dengan Maahad Tahfiz sehingga disamakan dengan keburukan arak?

5. Jangan langsung disamakan isu pentadbiran Maahad Tahfiz dengan kemudaratan arak. Inilah bahana kerangka pemikiran liberal yang begitu lantang mempertahankan hak arak sehingga dilihat memandang rendah institusi pendidikan Islam.

“Ini telah disampaikan kepada orang Melayu dalam kumpulan WhatsApp dan media sosial mereka.

Beberapa rakan Melayu saya yang berfikiran benar telah bertanya kepada saya dan mereka tidak boleh mempercayai apa yang mereka baca.”

“Sekiranya anda ingin mengetahui kebenaran, baca posting saya yang sebenarnya.

Fundamentalis Islam / Arabatisasi telah lama dan akan terus menjadi sumber kemunduran dan jangkitan barah kepada jiwa Muslim Melayu jika kita tidak mengubah cara Islam dimainkan oleh para politikus,”

Instagram

USTAZ ABU SYAFIQ AJAK SITI KASIM BERDEBAT

Ustaz Abu Syafiq Original lawan Siti Kasim. Tawaran Diskusi debat berkaitan Pengharaman Arak kerana ma-buk sehingga membunuh. Serta mempertikaikan Madrasah Tahfiz. Sila jawab wahai Siti Kasim!

Mohon kalian semua PM Siti Kasim untuk ajak beliau Diskusi dgn ana. Terima Kasih.

– Abu Syafiq

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

JOOX Siar MAYDAY 2020 LIVE IN THE SKY di Malaysia

Mamat Khalid Nafi Ingkar Arahan Penggambaran