in ,

Sissy Imann & Iwere Bergabung Demi BENAR KU TAK BOHONG

Sissy Imann gadis berusia 18 tahun ini merupakan seorang penuntut dalam jurusan muzik di Institut Pendidikan Guru kampus Imu khas. Sebelum ini pernah popular dengan single pertama beliau Mungkin Kamu lagu ciptaan sepenuhnya oleh Sissy Imann sendiri berkolebrasi bersama AG Coco.

Kini Sissy Imann kembali dengan single terbaru ciptaan DJ Fuzz dan lirik oleh Adeep Nahar. Lagu yang mengisahkan cinta zaman remaja ini berentak pop gabungan Jazz / klasik. Pada awalnya apabila mendengar demo, Sissy agak takut untuk menerima tugasan menyempurnakan lagu ini. Tetapi setelah bertemu dan berbincang sendiri dengan pencipta lagu ini, barulah timbul keyakinan. Bila mendengar idea DJ Fuzz dan Adeep tentang lagu ini barulah jelas akan konsep sebenar lagu ini dan dapat merakamkan lagu ini dengan seikhlasnya.

Sissy merasa teruja apabila dapat bekerjasama dengan Iwere di dalam lagu ini. Menurut Sissy pemilihan Iwere untuk bersama dalam lagu ini amatlah bertepatan kerana Iwere mempunyai signature tersendiri dan umum mengenali beliau dengan dikir dan dialect Kelantan.

Bercerita tentang lagu ini, Sissy mengaku bahawa beliau meminati genre muzik Jazz seperti genre lagu Benar Ku Tak Bohong ini. Dan inilah peluang yang harus dipergunakan untuk mengeksperimentasikan kemahiran muzik dan teknik yang Sissy pelajari semenjak usia 5 tahun.

Genre ini mengenengahkan teknik Vokal yang berbeza dan cabaran ini adalah ruang untuk membuktikan bahawa beliau merupakan penyanyi yang mampu menyanyi dengan baik. Tambahan pula Sissy merupakan salah seorang peserta Koir Kebangsaan.

Semoga single ke – 2, Benar Ku Tak Bohong – ini membawa tuah pada Sissy Imann yang bercita – cita menjadi penghibur yang di segani serta mempunyai latar pendidikan dan pengetahuan muzik yang baik.

BENAR KU TAK BOHONG
SISSY IMAN / FEAT : IWERE
LAGU : DJ FUZZ / LIRIK : ADEEP NAHAR

pic sissy & iwere 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Asia’s Got Talent Premiere Tops Ratings in Southeast Asia & Taiwan

Legendary Jacky Cheung Autograph Session in Malaysia