in , ,

Sisi Komedi Wan Sharmila Dalam Telemovie Keluarga JJ di TV2

Komedi santai kekeluargaan yang menyatukan pelakon cantik Wan Sharmila, Kazar Saisi, Ungku Hariz dan Liza Shadan hadir menemui penonton saluran TV2 pada 9 Ogos ini, pukul 9.00 malam.

Menerusi telemovie diberi tajuk “Keluarga JJ” tersebut, ia menonjolkan sisi komedi Wan Sharmila membawakan watak kekasih rahsia kepada seorang lelaki kaya namun sudah berusia lakonan Kazar Saisi yang pastinya mencuit hati penonton.   

Kisahnya bermula dengan membawakan watak Jidin yang diterima bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Jidan, seorang pemilik sebuah syarikat perusahaan. Jidan, seorang duda yang sudah berumur hidup penuh dengan sederhana.

Situasi itu sebenarnya menimbulkan rasa hairan kepada Jidin punca Jidan menyembunyikan realiti kehidupan sebenarnya yang hidup mewah. Namun persoalan itu tidak diluahkannya kepada majikannya itu.

KELUARGA jj

Lebih menghairankan Jidin adalah kehadiran Nana, seorang gadis yang disangka Jidin anak kepada Jidan. Apatahlagi perbezaan umur antara keduanya yang ketara. Namun sebenarnya Nana merupakan kekasih rahsia kepada Jidan.  

Tidak mahu keadaan menjadi rumit, Jidan meminta Jidin merahsiakan hubungan mereka daripada pengetahuan ibu Nana, Puan Wati yang terang-terangan menentang sekiranya keduanya mempunyai hubungan cinta. 

Namun tanpa disangka, Jidin pula jatuh hati kepada Puan Wati setelah pertama kali melihat wanita tersebut sewaktu menghantar Nana pulang. Kejelitaan Puan Wati bagaikan seorang anak dara telah membuatkan hati Jidin tidak tenteram.

Adakah hubungan mereka berjaya disatukan? Ataukah sebaliknya mereka terpaksa menerima hakikat berdepan realiti setiap hubungan itu perlu bersandarkan restu orang tersayang?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

airasia food Perluas Perkhidmatan Serentak ke Johor Bahru & Melaka

KFC Hangatkan Sambutan Hari Merdeka Dengan Ayam Extra Hot & Spicy Formulasi Baharu!