in , ,

Siri Netfilx STRANGER THINGS 4 Dikatakan Lebih Menggerunkan!

Beberapa bulan lalu khabar angin ada mengatakan drama bersiri dari Netflix berjudul Stranger Things akan menemui penonton menerusi musim ke 4 tidak lama lagi.

Berita tersebut nampaknya semakin menjadi kenyataan apabila salah seorang dari pelakon drama ini, Joe Keery mendedahkan musim ini jalan ceritanya lebih menggerunkan. Untuk info, drama bersiri Stranger Things ini disiarkan hanya menerusi Netflix. Pada awal tayangannya iaitu ketika musim pertama, drama ini berkisarkan mengenai sekumpulan kanak-kanak yang tinggal di sebuah bandar bernama Hawkins.

Kehidupan kumpulan kanak-kanak ini berubah apabila bertemu dengan seorang budak perempuan ‘pelik’ bernama El. Manakala Stranger Things yang dimaksudkan dalam drama ini adalah sejenis makhluk seakan alien. 

Makhluk tersebut hidup di dalam dunia Upside Down. Nak dijadikan cerita El memiliki kuasa istimewa untuk berlawan dengan makhluk tersebut yang mahu menakluki dunia manusia tersebut.

Dari musim pertama sehinggalah yang terakhir sekali, Stranger Things 3 memiliki jalan cerita yang cukup hebat. Malah menurut salah seorang pelakon yang membintangi drama ini iaitu Joe Kerry, Stranger Things 4 ini akan lebih menggerunkan dan mendebarkan.

Buat yang mengikut siri drama ini pastinya tahu episod terakhir Stranger Things 3 memaparkan satu babak tergantung. Babak tersebut adalah di mana seorang banduan dalam sebuah penjara di Rusia.  Namun menerusi teaser dari Netflix, banduan itu adalah Jim Hopper yang hilang dan disangkakan sudah mati semasa mereka berlawan dengan makhluk tersebut.

Selain itu, ada juga babak pengenalan saintis dari Rusia serta El yang kuasanya semakin lemah meneruskan hidup seperti orang biasa. Rasanya tidak sabar menantikan Stranger Things 4 ini yang masih belum didedahkan tarikh tayangannya di Netflix itu nanti.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zamani Lancar Lagu Raya Berjudul SYAWAL INI

Covid-19: Perkhidmatan Gunting Rambut di Rumah Pelanggan DiIarang