in

Siri Jelajah Ujibakat Pencarian Hos Pantene ASK Musim Ke-2

Siri Jelajah Pencarian Hos Pantene ASK Musim Ke-2
Pencarian Hos Pantene Malaysia Kembali Lagi!

Perhatian kepada sesiapa yang berbakat dan beraspirasi untuk menjadi seorang pengacara! Procter & Gamble Malaysia (P&G) sekali lagi bersama-sama Media Prima menganjurkan pencarian bakat hos yang paling memberangsangkan – Pencarian Hos Pantene Anugerah Skrin Musim Ke-2 (juga dikenali sebagai Pantene ASK Host Search Season 2).

Siri Jelajah Ujibakat Pencarian Hos Pantene ASK Musim Ke-2

Pertandingan ini adalah bertujuan untuk mencungkil bakat yang tersembunyi di seluruh Malaysia untuk memenangi peluang keemasan menjadi hos bersama Anugerah Skrin Kebangsaan 2012 Red Carpet pada bulan November.

Pencarian Hos Pantene Anugerah Skrin Musim Ke-2 dilancarkan secara rasmi oleh Cik Ellie Xie, Ketua Pegawai Eksekutif P&G Malaysia dan Singapura serta Cik Shareen Ooi, Ketua Pegawai Pemasaran, Television Networks & altMedia, Media Prima Bhd.

Berhubungan objektif P&G untuk menganjurkan pencarian hos ini, Cik Xie berkata, “Orang yang berbakat memang banyak di Malaysia dan kami ingin merealisasikan impian hos TV yang berwawasan. Kami mencari keyakinan dan dengan inilah, jenama seperti Pantene, Olay, Oral-B, Gillette dan Head & Shoulders bersama-sama membantu mereka mengorak langkah ke hadapan. Kerjasama bersama acara berprestij seperti Anugerah Skrin Kebangsaan pasti akan menjadi batu loncatan untuk sesiapa yang serius dalam industri ini.”

Tambah Cik Xie, “Pada tahun ini, kami menjadikan pencarian ini makin menyeronokkan dan mencabar. Bukan sahaja untuk wanita, tahun ini kami mengalu-alukan penyertaan dari wanita dan juga lelaki.”

Pemenang Pencarian Hos Pantene Pantene ASK 2011 – Cik Nik Husna Nik Ali menjadi pengacara majlis pelancaran pada hari ini. Nik Husna juga berkongsi pengalamannya dalam pertandingan tahun lepas dan juga tip-tip persediaan untuk menghadapi tugasan bersiri setelah tersenarai. Cik Nik Husna sekarang menjadi hos untuk beberapa program televisyen dan juga pengacara untuk pelbagai acara pada masa lapang.

Bermula pada 24 Ogos, Siri Jelajah Pencarian Hos Pantene Anugerah Skrin Musim Ke-2 akan diadakan di lokasi dan pada tarikh seperti berikut selama enam hujung minggu berturut-turut.

24 – 26 Ogos
Pasar Raya Besar Borong MYDIN, Kuala Terengganu

1 – 2 September
Giant, Kota Damansara

8 – 9 September
Pasar Raya Besar Borong MYDIN, Ipoh

15-16 September
Giant, Tampoi, Johor

22 – 23 September
Pasar Raya Besar Borong MYDIN, Subang Jaya, USJ

29 – 30 September
Giant, Shah Alam

Untuk menyertai pertandingan ini, anda cuma perlu membeli sekurang-kurangnya RM10 barangan produk rasmi pertandingan iaitu Pantene, Olay, Oral-B, Gillette dan Head & Shoulders di mana-mana kedai atau pasar raya di Malaysia.

Selain daripada peluang untuk menjadi hos-bersama Anugerah Skrin 2012 Red Carpet, juara juga akan memenangi makeover, dua pas Parti Post-ASK (ASK After Party), piala, hadiah hamper barangan P&G dan sepasang jam tangan Titoni yang setiap satu bernilai RM 2,631.

Selain daripada pencarian hos, Pantene juga memberi peluang kepada para penguna untuk memenangi pas percuma untuk menghadiri majlis berprestij tersebut. Peserta adalah dialu-alukan untuk menghantar SMS ke 39993 dan menyatakan sebab anda ingin menghadiri Anugerah Skrin Kebangsaan 2012 dengan Pantene. Bukti pembelian sekurang-kurangnya RM 10 daripada pilihan produk rasmi adalah diperlukan.

Lapan pemenang cabutan bertuah akan memenangi dua tiket VIP ke Anugerah Skrin Kebangsaan 2012, sebuah jam tangan Titoni dan juga peluang untuk mengenal selebriti kegemaran mereka pada jarak dekat pada malam yang berprestij itu. Terdapat juga 50 hadiah sagu hati hamper P&G dan dua tiket penyokong ke Anugerah Skrin Kebangsaan 2012 menunggu anda!

Rebutlah peluang untuk menyertai acara penuh kegemilangan ini dan muncullah sebagai bakat baru hos Malaysia bersama Pencarian Hos Pantene Anugerah Skrin Musim Ke-2. Untuk maklumat lanjut tentang terma dan syarat penyertaan, serta lokasi siri jelajah dan aktiviti, sila layari laman web www.tv3.com.my/ask2012.

Siri Jelajah Ujibakat Pencarian Hos Pantene ASK Musim Ke-2

Siri Jelajah Ujibakat Pencarian Hos Pantene ASK Musim Ke-2

Siri Jelajah Ujibakat Pencarian Hos Pantene ASK Musim Ke-2

Siri Jelajah Ujibakat Pencarian Hos Pantene ASK Musim Ke-2

Mengenai Procter & Gamble
Sebanyak 4 billion kali setiap hari, jenama P&G menyentuh kehidupan pelbagai lapisan manusia di serata dunia. Syarikat ini adalah di antara yang mempunyai portfolio yang kukuh dari segi kepercayaan, kualiti dan jenama terbaik seperti Pantene, Head & Shoulders, Rejoice, Olay, Gillette, Oral-B, Duracell, Downy, Ambi-Pur, Clairol Herbal Essences, Febreze, Dynamo, Fab, Pampers and Whisper. P&G beroperasi di 80 buah negara di seluruh dunia. Sila layari http://www.pg.com untuk perkembangan terkini dan maklumat lanjut tentang P&G dan jenamanya.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Ustaz Don Kahwin Dengan Husna

Gambar Ustaz Don & Husna Bersanding