in

Siri Jelajah JIMBA FEST TOUR

Warner Music Malaysia (WMM) dengan kerjasama syarikat telekomunikasi Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi)  melancarkan siri jelajah Jimba Fest Touryang bakal menggegarkan enam (6) lokasi terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia dari September hingga November tahun ini.

Jimba Fest Tour

Jimba Fest Tourini merupakan penjenamaan semula kepada siri jelajah kampus ‘IPT Tour’ yang dijayakan WMM sejak tahun 2012. Penjenamaan semula nama siri jelajah kampus ini kepada nama yang lebih komersil dan mengikut trend ini, sesuai dengan penggunaaan semasa istilah slanga ‘Jimba’ yang membawa maksud ‘berseronok atau bersuka ria’ dikalangan anak muda Malaysia.

Siri jelajah kampus yang sudah masuk tahun keenam (ke-6) ini merupakan suatu platform yang disediakan oleh WMM untuk membawa pengkarya seni muzik masuk ke kampus-kampus bagi mendekati demografi golongan pengguna muzik terbesar di Malaysia iaitu generasi belia. Platform ini juga digunakan untuk memperkenalkan artis-artis baru di bawah naungan label WMM dan juga memberi peluang kepada para artis untuk mempromosikan karya terbaru mereka. Selain daripada berhibur, siri jelajah ini turut memberi ruang kepada para artis untuk bertemu peminat dengan lebih dekat lagi.

Siri jelajah Jimba Fest Tourini akan menampilkan artis-artis berbakat di bawah naungan label WMM seperti Alif, Amir Hasan, Andi Bernadee, Awi Rafael, Aziz Harun, Kaka Azraff dan Wan Shahjuddin. Selain daripada itu, artis-artis terkenal seperti Nora Ariffin, Datin Alyah, Altimet dan Aizat Amdan akan turut memeriahkan siri jelajah ini di lokasi-lokasi terpilih.

Sebagai permulaan, pada 16 September 2018siri jelajahJimba Fest Tourakan berlangsung di lokasi pertama iaitu di MesaMall, Nilai, Negeri Sembilan. MesaMall merupakan satu-satunya lokasi luar kampus yang dipilih berikutan ianya menjadi pusat tumpuan pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi yang berdekatan, seperti Universiti Nilai (Nilai U), Universiti Antarabangsa INTI (IIU), Universiti Antarabangsa Manipal (MIU) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Berikut merupakan senarai penuh tarikh dan lokasi siri jelajah Jimba Fest Tour:

  TARIKH LOKASI
1. 16 September 2018  (Ahad) MesaMall, Nilai, Negeri Sembilan.
2. 20 Oktober 2018 (Sabtu) Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Batu Pahat, Johor.
3. 26 Oktober 2018 (Jumaat) Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
4. 31 Oktober 2018 (Rabu) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.
5. 10 November 2018 (Sabtu) Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.
6. 26 November 2018 (Isnin) Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), Melaka.

WMM menjanjikan persembahan yang  bakal disajikan di Jimba Fest Tournanti akan menepati citarasa muzik anda. Nantikan siri jelajah Jimba Fest Toursepanjang September hingga November yang akan datang!

Pada anda yang ingin mengenali artis-artis bawah naungan label WMM, boleh terus layari laman web rasmi Warner Music Malaysia di pautan ini: http://warnermusic.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cara Untuk Menang dalam Digital Star ERA

Prinsip Jati Diri Dalam Telemovie LALANG