in , ,

Siri HONOR X Kembali Ke Malaysia Selepas Dua Tahun Menyepi

Siri HONOR X kembali ke Malaysia selepas dua tahun! CEO HONOR mendedahkan jangkaan kualiti dan pengalaman!

Selepas dua tahun menyepi, model kesayangan HONOR, Siri X, akan membuat kemunculan semula di Malaysia. Bertemakan “Ready to Go Beyond”, pelancarannya akan berlangsung pada 29 Mac 2022, keistimewaan ciri-ciri dan keupayaannya bakal mencuri tumpuan ramai.

Siri HONOR X sememangnya dikenali sebagai ikon HONOR, telefon pintar berkualiti tahap flagship yang tidak asing lagi dalam pasaran Malaysia, malah sehingga hari ini masih ada lagi yang menggunakan model Siri X terdahulu. Peminat pastinya teruja dengan kehadiran semula model ini di pasaran dan tidak sabar untuk melihat keistimewaan yang ditawarkan.

CEO HONOR Malaysia, Justin Li dalam sepucuk surat yang ditujukan kepada “pengguna Siri X” di laman Facebook HONOR Malaysia baru-baru ini menerangkan tentang perkara-perkara yang boleh dijangka mengenai Siri X akan datang. Berkongsi kepada kami, “Spesifikasi hanyalah angka, mewakili jutaan kemungkinan apabila ia melibatkan kehendak pengguna. Lebih menyeluruh yang pengeluar perlu pertimbangkan, lebih selesa pengguna bakal nikmati.”

HONOR

“Beberapa tahun ini, HONOR sentiasa percaya dalam mengambil kira “pendekatan dua roda” yang seimbang untuk kekal memihak kepada pengguna. Satu roda untuk memahami trend dan memerhati maklum balas pengguna, manakala satu lagi roda untuk mengutamakan keperluan pengguna sambil berintegrasi dengan teknologi tercanggih ,” kata Justin.

Dalam suratnya, Justin juga menceritakan tentang sebuah kisah sebenar di mana pengguna HONOR 8X berjaya diselamatkan selepas meminta pertolongan ketika melakukan aktiviti perkhemahan ketika telefon rakan-rakan lain gagal berfungsi. Kisah benar ini memberi inspirasi kepada HONOR untuk mengeluarkan produk berkualiti tinggi, agar pengguna dapat menikmati peranti berkualiti premium pada harga mampu milik.

Sejak mampu berdiri sendiri, HONOR menerima banyak pertanyaan daripada pengguna tempatan tentang kembali semula siri X. Kini Malaysia amat berbangga kerana dipilih sebagai negara pertama di luar China untuk merasmikan Siri HONOR X, berserta HONOR X9, HONOR X8, dan HONOR X7, siri lengkap yang bakal mengagumkan pengguna tempatan.

Sumber rasmi boleh mengesahkan bahawa peranti baru ini akan dilengkapi paparan kadar segar semula 120Hz dan kuasa HONOR Supercharge 66W, menjadikan siri ini sesuatu yang boleh membuatkan peminat teruja untuk menantikannya sehingga pada hari pelancaran.

HONOR membawa pelancaran ini pada tahap lebih jauh dengan memperkenalkan versi terbaharu komputer riba, sekali gus memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna. Jadi jangan lupa tandakan kalendar anda untuk menonton pelancaran pada 29 Mac nanti! 

Kepada peminat dan pengguna Siri HONOR X, sila layari laman Facebook di bawah untuk menyertai aktiviti yang disediakan, jangan lepaskan peluang ini untuk memenangi HONOR X9 yang baharu: https://www.facebook.com/HonorMY/posts/3196004037302711.

Untuk pengumuman rasmi dari semasa ke semasa, terus bersama kami dengan mengikuti laman web rasmi HONOR https://bit.ly/HONORXpr dan Facebook HONOR Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ZUL ARIFFIN

Isu Drama Perempuan Itu, Zul Ariffin Mohon Maaf Secara Terbuka Di IG Story

TV3 & TV9 Lancar Kempen Ramadan Raya 2022 SEIKHLAS HATI