in , ,

Siri HONOR Magic5 & HONOR Magic Vs Diangkat Telefon Pintar Terbaik

Siri HONOR Magic5 dan HONOR Magic Vs diangkat telefon pintar Terbaik Di MWC oleh media terkemuka dunia

Jenama teknologi terkemuka HONOR telah memperkenalkan Siri HONOR Magic5 terbaharu dan telefon boleh lipat HONOR Magic Vs di Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2023, di Sepanyol, baru-baru ini. Kedua-dua peranti hebat HONOR ini memberi pengalaman telefon pintar Flagship sebenar kepada pengguna di seluruh dunia. 

Beberapa media terkemuka global telah menamakan Siri HONOR Magic5 dan HONOR Magic Vs sebagai telefon pintar Terbaik Di MWC kerana mengetengahkan kejuruteraan yang berinovatif dan ciri-ciri premium yang diiktiraf ramai.  

HONOR Magic5 Series & Magic Vs Best of MWC

Pada acara MWC, HONOR menerima sebanyak 42 anugerah dari media dengan 18 daripadanya milik HONOR Magic5 Pro dalam pelbagai kategori. Portal android dan teknologi terkenal Android Authority berkata, HONOR Magic5 Pro memiliki ciri-ciri terbaik dalam industri dan berjaya mengalahkan pencabarnya dengan bergaya.

Trusted Review pula menggambarkan HONOR Magic5 Pro sebagai telefon pintar android Flagship yang dilengkapi dengan teknologi kelas atasan. 

Media teknologi yang terkenal dengan ulasan peranti Tom’s Guide menamakan HONOR Magic5 Pro sebagai Telefon Terbaik kerana adalah telefon pintar terbaik yang dipamerkan di MWC 2023.

Sementara itu, telefon boleh lipat terbaharu HONOR Magic Vs yang diperkenalkan kepada pasaran global pada MWC turut menerima tumpuan hebat. Menurut XDA Developers, HONOR Magic Vs adalah telefon boleh lipat kegemaaran laman web komuniti elektronik dan telefon pintar tersebut di pasaran. 

Majalah teknologi dalam talian terbesar MakeUseOf dalam ulasannya mengatakan HONOR Magic Vs tampil dengan rekaan dan sentuhan mewah di setiap inci selain menawarkan inovasi tulen dalam pasaran telefon boleh lipat. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Siri HONOR Magic5 dan HONOR Magic Vs, sila layari kedai dalam talian HONOR di www.hihonor.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ayda Jebat Jawab Dakwaan Dapat Tiket Percuma Konsert Blackpink

Anak Puteri Sarah Berumur 6 Tahun, Tahu Ayahnya Curang Melalui Youtube