in , ,

Siqma Ft. FML Lancarkan Single DIPINGGIRKAN, Sebuah Karya Nukilan & Terbitan Malique

Sejak kemunculannya dengan lagu ‘Cemas’ dan ‘Salam 1001‘ pada April lalu, penyanyi rap Siqma berjaya mencuri perhatian pendengar muzik tempatan sehingga diberi jolokan ‘The New Malique’ oleh peminat.

Apatah lagi selepas Siqma muncul dengan single ketiganya ‘Raja Simurgh’ pada Julai lalu. Lagu yang dihasilkan bersama Kmy Kmo itu, disebut peminat sebagai kolaborasi idaman dalam mengubat rindu mereka terhadap penyanyi rap, komposer dan penerbit tersohor, Malique. Menerusi tona vokal, intonasi rap, seni lirik dan muziknya, Siqma mampu memperdaya peminat sehingga ada yang menyangkakan lagu ‘Raja Simurgh’ itu adalah dendangan dan ciptaan Malique sendiri.

Bagai menyahut seruan peminat, Siqma bakal muncul dengan lagu yang mendapat sentuhan Malique menerusi single keempatnya berjudul DIPINGGIRKAN. Turut ditampilkan dalam lagu ini adalah penyanyi duo, Fahimi Rahmat dan Mal Hamka atau lebih dikenali sebagai FML.

DIPINGGIRKAN merupakan ciptaan Malique dan Fahimi Rahmat. Manakala lirik pula ditulis bersama Malique, Kmy Kmo dan Siqma. Malique turut bertindak penerbit rakaman lagu ini. Menerusi DIPINGGIRKAN, Siqma cuba bereksperimentasi dengan rentak R&B pula.

Siqma & FML

Pertama kali mendendangkan karya ciptaan orang lain, DIPINGGIRKAN merupakan percubaan Siqma dalam mempelbagaikan jenis dan gaya muzik dalam  karya keluarannya. Siqma turut menyifatkan peluang mendendangkan karya ciptaan dan terbitan idolanya Malique atau lebih dikenali peminat sebagai ‘Mr. General’ adalah suatu pengalaman manis dan berharga buat dirinya. 

Siqma & FML

Mengulas tentang pendekatannya dalam memilih berkolaborasi bersama duo FML, Siqma berkata, “Saya percaya dan yakin FML adalah pilhan yang tepat. Ketika proses pembikinan lagu kami ada aura yang sama dan saya amat selesa bekerja dengan mereka.” 

Menyifatkan lagu ini adalah misi peribadinya untuk memuaskan hati peminatnya, Siqma mensasarkan bahawa karya terbaharunya ini bukan sahaja mendapat sambutan positif pendengar, malah ia mampu membawanya ke pentas anugerah.

Menyifatkan peluang terlibat dalam pembikinan lagu DIPINGGIRKAN ini bagai pucuk dicita ulam mendatang, Fahimi Rahmat berkata, 

“Sejak pertama kali mendengar demo lagu ini, kami jatuh cinta dengan lagu ini. Bagai mimpi menjadi nyata, sudah tentu kami tidak akan melepaskan peluang untuk bergandingan dengan Siqma dan bekerja dengan lagenda muzik seperti Malique.

Banyak yang kami pelajari daripada kolaborasi ini dan sangat bersyukur atas peluang yang diberikan.”

– Fahimi Rahmat

Mal Hamka pula yang menyifatkan lagu yang mengadun elemen R&B dan Hip-Hop ini adalah sesuatu yang baharu buat FML yang selama ini lebih menumpukan kepada rentak R&B.

“Menerusi  DIPINGGIRKAN, kami tampil berkolaborasi dengan penyanyi rap buat pertama kalinya.

Kami berterima kasih kepada Siqma dan Malique kerana memberikan kepercayaan kepada kami untuk terlibat dalam projek seperti ini,” jelas

– Mal Hamka
Siqma & FML

DIPINGGIRKAN berkisar tentang seseorang yang hampir berputus asa dan merasakan seperti dipinggirkan dunia. Namun setelah melalui segala kesusahan dalam kehidupan, semangatnya mula bangkit apabila dia baharu sedar yang dalam setiap perjalanan kehidupannya, ada sesuatu atau seseorang yang akan hadir untuk menemani dan menyokongnya.

Single terbitan Universal Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox, Youtube Muzik, Channel Youtube dan juga Apple Music bermula 20 NOVEMBER 2020.

Siqma & FML
Siqma & FML

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Bagaimana Syarikat Anak Watan Buat Launching Setanding Apple

Kali Kedua Dapat Sijil Platinum Recording Industry Association of America, Bukti BTS Diterima Secara Global