in , ,

Sinopsis & Trailer Filem MASTER Z: THE IP MAN LEGACY

Sebuah lagi filem menarik yang menutup tirai 2018 ialah MASTER Z: THE IP MAN LEGACY yang menjanjikan aksi pertarungan kung-fu yang cukup hebat.

Mungkin ramai yang menyangkakan filem ini adalah kesinambungan dari filem IP MAN sebelum ini, anda sebenarnya silap. Filem ini berbeza dan mempunyai jalan cerita lain yang berlainan.

MASTER Z: IP MAN LEGACY

Filem ini dibuat di Hong Kong (China) bergenre kung fu aksi, diarah oleh seorang pengarah bertaraf legenda iaitu Woo-Ping Yuen dengan diterbitkan oleh Raymond Bak-Ming Wong serta dilakonkan oleh Max Zhang, Liu Yan, Michelle Yeoh, Naason, Kevin Cheng, Dave Bautista, Patrick Tam, Chrissie Chau, Philip Keung, Brian Thomas Burrell, Adam Pak, Tony Jaa dan ramai lagi.

Baru-baru ini, Budiey telah dihantar ke Hong Kong oleh LOTUS FIVE STAR untuk mengikuti press junket filem MASTER Z: IP MAN LEGACY dan berpeluang mendengar sesi temubual bersama dengan penulis skrip iaitu Edmund Wong dan Tai-lee Chan.

Turut ditemubual adalah pelakon Patrick Tam yang melakonkan watak sebagai orang kanan kepada Michelle Yeoh. Pengarah legenda Woo-Ping Yuen juga turut hadir untuk berkongsi pengalaman mengarah dalam filem ini.

Sebelum menonton keseluruhan cerita ini di pawagam, apa kata tonton dulu trailer ni:

Sinopsis Filem MASTER Z: IP MAN LEGACY 

Setelah dikalahkan oleh Ip Man, Cheung Tin Chi (Max Zhang) menjalani kehidupan yang sangat tertekan dan terpaksa melalui kehidupan dengan sederhana dan berprofile rendah. Sementara Tin Chi cuba untuk menjauhkan diri daripada masalah, dia menyahut cabaran untuk berlawan dengan pengusaha Amerika Davidson (Dave Bautista), bos besar di belakang daerah bar. Tin Chi melawan keras dengan Wing Chun dan mendapat penghormatan.

Filem ini dibintangi oleh ramai pelakon handalan iaitu Jin Zhang sebagai Cheung Tin-chi, Dave Bautitsta sebagai Owen Davidson, Chrissie Chau sebagai Nana, Tony Jaa sebagai Tony dan Michelle Yeoh sebagai Tso Ngan Kwan.

Filem MASTER Z: IP MAN LEGACY ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia mulai 25 Disember 2018.

Master-Z-Tony-eposter-768x1280

Master-Z-Patrick-eposter-768x1280

Master-Z-Michelle-eposter-768x1280

Master-Z-Max-eposter-768x1280

Master-Z-Kelvin-eposter-768x1280

Master-Z-Dave-eposter-768x1280

Master-Z-chrissie-eposter-768x1280

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Telemovie KEKASIH DI KALA MAGHRIB

Never Lose Sight Of Survival