in , ,

Sinopsis & Trailer Filem CRIMSON PEAK

Sebuah lagi filem bergenre seram akan berada di pawagam pada 15 Oktober 2015 berjudul CRIMSON PEAK. Budiey kira, ramai yang super-duper excited nak tengok movie horror Hollywood yang sarat dengan kesan CGI ini. Filem ini dikatakan bukan calang-calang filem seram. Ini kerana kalau kita tengok pelakon dan juga krew serta penerbitnya merupakan orang yang femes.

Sebut je penerbit yang bernama Guilermo del Toro, sudah tentu kita akan teringat kecemerlangan beliau dalam menghasilkan filem bermutu seperti Pacific Rim, Hellboy, The Hobbit dan banyak lagi lah.

Kalau kita tengok barisan pelakon pula, antara yang popular ialah Jessica Chastain yang beberapa bulan lalu berlakon dalam Interstellar dan pelakon utama dalam filem seram Mama. Selain Jessica Chastain, filem CRIMSON PEAK juga dilakonkan oleh Charlie Hunnam yang pernah bekerjasama menjayakan filem Pacific Rim.

Sebelum apa-apa, jom kita baca dulu sinopsis filem ini. Berlatarkan abad ke-19 di Cumbria, di sebauh rumah yang terletak di sebuah kampung di dataran tinggi Inggeris Utama. Edith Cushing (lakonan Mia Wasikowska) merupakan kekasih kepada Sir Thomas Sharpe (lakonan Tom Hiddleston) akhirnya membawa Edith untuk menetap di rumah besar keluarga Sharpe.

Namun, di sebalik hubungan mereka, rumah tersebut menyimpan satu rahsia besar iaitu rumah tersebut dipercayai berpuaka dan berhantu. Adik kepada Thomas pula bernama Lady Lucille Sharpe (lakonan Jessica Chastain) juga dilihat mempunyai sifat yang cukup aneh dan pelik. Tidak lama selepas mereka menetap di rumah puaka itu, Edit sedar beliau perlu meninggalkan rumah tersebut. Berjayakan Edith melarikan diri? Sama-sama kita saksikan mulai 15 Oktober ini di pawagam berhampiran ya.

Crimson Peak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Groupon Lancar Laman Sesawang Dengan Ciri Terkini

Welcome To The New World Of MTV