in , , ,

Sinopsis Telemovie TANAH INI TANAH MERDEKA Lakonan Zul Huzaimy

Tarikh kemerdekaan Malaysia bakal disambut 31 Ogos depan namun Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah pun mula menyiarkan program-program khas menyuntik semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dalam drama kekeluargaan penuh pengorbanan bertajuk “Tanah Ini Tanah Merdeka” yang disiarkan pada 15 Ogos ini, pukul 3.05 petang menerusi saluran TV1, ia membariskan gandingan pelakon berpengalaman Normah Damanhuri, Emelda Rosmila, Zul Huzaimi dan Shahrul Kamaludin.

Sebuah drama mengenai situasi penduduk sebuah kampung yang merasa resah bila tanah pusaka milik mereka hendak dijual. Ia termasuklah Mak Kalsom yang tidak setuju dengan pujukan cucunya, Maisara. Maisara telah berjanji untuk menjual tanah mereka ke sebuah syarikat yang ingin memajukannya. 

Normah Damanhuri Pelakon Utama Dalam Drama Ini
Normah Damanhuri

Tanpa pengetahuan sesiapa pun, syarikat “Global’ yang membeli tanah penduduk kampung itu rupa-rupanya mempunyai agenda lain untuk penipu dan membawa lari kesemua wang deposit yang telah diterima mereka. 

Pada masa sama Mak Kalsom yang banyak pengalamannya semasa merdeka negara dahulu menceritakan tentang erti pengorbanan kepada Atan, seorang kanak-kanak sekolah serta rakan-rakannya. Atan dan kawan-kawannya teruja mendengar kisah pengalaman yang diceritakan sendiri oleh Mak Kalsom. 

Kes penipuan yang dirahsiakan tersebut akhirnya terbongkar. Situasi itu menimbulkan huru-hara dan kemarahan penduduk kampung yang menjadi mangsa penipuan. Mujur kemudiannya muncul Dato Adha, ayah kepada Maisara menyejukkan keadaan dengan berjanji untuk membayar balik kesemua wang deposit orang-orang kampung. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Spencer Lee Airasia | 17

BIG Loyalty Tawarkan Rebat BIG Poin dalam Jualan 816 BIG Deals

Abu Bakar Juah | 18

Pelakon Veteran Abu Bakar Juah Meninggal Dunia