in ,

Sinopsis Telemovie Salji Untuk Mabel Lakonan Ixora Chern & Janet Khoo

Bila Malaysia Bersalji Dalam Salji Untuk Mabel : Telemovie Khas Hari Natal di TV1

[dropcap]B[/dropcap]ayangkan kiranya di Malaysia turunnya salji yang cantik memutih kemudiannya muncul Santa Claus yang menunggang rusa membawa hadiah untuk diberikan kepada kanak-kanak seperti dalam kisah-kisah khayalan dan dongeng Hari Krismas.

[pullquote align=”right”]Imaginasi indah begitu seringkali diimpikan gadis Tionghua bernama Mabel setiap kali menjelangnya perayaan Hari Natal.[/pullquote]

Meskipun sedar kekurangan dirinya di mana kedua-dua kakinya cacat sejak dilahirkan, Mabel masih menaruh harapan besar dan bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke Eropah dan menyambut Krismas sambil bermain salji.

Plot kisah ini melatari telemovie menarik khas Hari Krismas bertajuk “Salji Untuk Mabel” disiarkan pada sambutan Hari Natal ini, 25 Disember 2012, jam 3.05 petang menerusi saluran TV1 yang mengetengahkan pelakon Ixora Chern, Janet Khoo, Kenji Sawahi, Mike Ho dan Eva Emmanyna.

Saksikan perjalanan watak gadis Tionghua berusia 17 tahun yang beragama Kristian yang cacat dan terpaksa bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak. Mabel, gadis kelainan upaya (OKU) dengan kedua – dua kakinya cacat sejak dilahirkan. Namun Mabel dalam diam bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke Eropah dan menyambut Krismas sambil bermain salji.

Walaupun berstatus OKU, dia tidak pernah dibezakan oleh ibu bapanya, Melissa dan Mark begitu juga abangnya, Miller. Mabel dan keluarganya tinggal di perkampungan Tionghua dan mereka satu – satunya keluarga Tionghua yang beragama Kristian di kampung berkenaan namun masyarakat tidak pernah meminggirkan mereka walaupun berlainan pegangan agama.

Mabel mempunyai seorang rakan karib yang seusia dan tinggal sekampung dengannya, Yuen dan Yeun menjadi peneman setia Mabel untuk menemaninya ke mana saja mereka pergi.

Bagi membakar semangat supaya dia berusaha gigih agar dapat menyambung pengajian ke Eropah, Mabel menyimpan keratan akhbar dan majalah mengenai sambutan Krismas di luar negara. Tindakannya itu nyata memberikan kesan kerana saban hari semangat semakin bertambah untuk belajar bersungguh-sungguh.

Buat pertama kalinya, sebelum menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Mabel berkongsi jurnalnya itu, bersama Yuen dan menyebabkan kedua – dua mereka lebih gigih untuk belajar sehingga mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan.

Sebagai penghargaan kepada teman baiknya itu, sebelum menjelangnya Krismas, Yuen merancang satu kejutan kepada Mabel dan keluarganya. Pada pagi Krismas itu, Mabel dan keluarganya di bawa ke balai raya kampung dengan diberikan kejutan salji diperbuat daripada polistren.

Pada pagi itu juga, satu lagi kejutan dilakukan apabila Santa Claus yang menaiki kereta lembu dengan haiwan berkenaan dihiasi menyerupai rusa untuk menyamakan dengan ciri kenderaan dinaiki Santa Claus.

Santa Claus itu juga membawa satu lagi kejutan kepada Mabel dan keluarganya. Apakah kejutannya? Saksikan apakah kejutan demi kejutan yang dijanjikan pada Krismas ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jemputan Makan Malam Eksklusif Bersama Adira Glamourous Night 2013

Gambar Sekitar Sambutan Ulangtahun Pertama Celebrate TV