in ,

Sinopsis Teater Muzikal The Secret Life of Nora

Synopsis Teater Muzikal The Secret Life of Nora NORA

The Secret Life of Nora (NORA) berkisar di zaman kegemilangan kelab panggung hiburan di Pulau Pinang pada era 60an. Projek terbaru Enfiniti ini adalah sebuah muzikal hebat yang menceritakan kisah Nora, seorang wanita yang memiliki kehidupan yang sememangnya dicemburui wanita lain.

Teater Muzikal The Secret Life Of Nora

Dia berharta, memiliki rupa paras yang amat cantik malah merupakan seorang penyanyi terkenal di sebuah kelab panggung kepunyaannya sendiri. Kelab tersebut merupakan hadiah istimewa daripada bapa kesayangannya sebelum bapanya meninggal dunia.

Akan tetapi, Nora tidak menyedari bahawa kelab serta perniagaan peninggalan bapanya itu sebenarnya merupakan pusat akitiviti ‘money-laundering’ oleh bapanya dalam menjalankan aktiviti haram dengan rakan sindiketnya di seluruh dunia.

Oleh itu secara tidak langsung, Nora sebagai pemilik baru panggung itu kini menjadi sasaran pihak Polis Antarabangsa (Interpol) dalam menjejaki aktiviti haram tersebut. Nora juga diancam dengan penutupan panggung itu dan Nora sendiri bakal dipenjarakan.

Namun demikian, mungkin kerana nasib menyebelahi Nora, pihak Interpol telah membuat satu tawaran kepada Nora, iaitu bekerjasama dengan pihak Interpol untuk menjadi seorang pengintip dalam usaha mereka menjejak aktiviti kumpulan sindiket pemerdagangan manusia yang mempunyai jaringan di seluruh dunia atau meringkuk di dalam penjara. Nora bersetuju.

Pihak Interpol telah memilih pegawai terbaik mereka dari India (berkelulusan Oxford), bernama Ashok untuk melatih Nora dalam persediaannya menjalankan tugas barunya itu. Program latihan yang sememangnya mencabar walaupun untuk seorang pengawai terlatih, apatah lagi seorang penyanyi yang biasanya dimanjakan.

Namun Nora tekun belatih untuk menjalankan tugas itu bagi menyelamatkan dirinya, panggung serta perniagaannya, disamping untuk menyelamatkan gadis-gadis panggung yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang tidak bertanggungjawab…dan dalam pada waktu yang sama juga, demi jejaka yang secara tidak sengaja, Nora mula merasakan cintanya…

… namun semuanya harus Nora lakukan secara rahsia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rossa Bakal Lancar Album The Best of Rossa

Demam Filem Thriller Sepanjang April Ini