in ,

Sinopsis Teater Bangsawan KERIS LAKSAMANA BENTAN

Satu lagi pementasan Teater Bangsawan KERIS LAKSAMANA BENTAN di bawah Belia 4B Cawangan Sg. Udang Klang akan berlangsung di Auditorium Taman Budaya, Kuala Lumpur pada 13, 14 & 15 Mac 2015 karya dan arahan Hairul Anuar dan anda boleh membeli tiket di Auditorium Taman Budaya, Kuala Lumpur. Pementasan ini merupakan dari sebuah produksi teater anak muda klang yang ingin mengasah bakat dalam dunia seni teater.

SINOPSIS Teater Bangsawan KERIS LAKSAMANA BENTAN

Megat Sri Rama telah dinaikkan takhta menjadi Dato Laksamana Bentan kerana kepakarannya berlawan menentang kejahatan, beliau dihadiahkan Keris daripada Sultan. Wan Anum disunting oleh Megat Sri Rama menjadi isterinya, dan Wan Anum disahkan mengandung.

Semasa ketiadaan Megat Sri Rama, Wan Anum telah meminta seulas nangka dari Penghulu bendahari kerana pacal itu mengidam. Semasa persembahan buah nangka, Sultan begitu marah kerana nangkanya telah ditebuk orang dan memerintahkan Tun Bija Ali untuk membunuh Penghulu yang dianggap tidak amanah dan Wan Anum juga menerima nasib yang sama seperti Penghulu Bendahari.

Tun Aman yang begitu marah dengan sikap Sultan telah ditarik balik pangkatnya sebagai pembesar istana dan mengatur perancangan dengan Tun Tijah, adiknya untuk membunuh Tun Bija Ali yang menjadi batu api dalam pembunuhan kejam Wan Anum. Kepulangan Megat Sri Rama disambut dengan suasana pilu bila dia mendapat tahu isterinya telah dibunuh Sultan, dan mengikut saja perancangan yang diaturkan oleh Tun Aman.

Tun Bija Ali telah terperangkap dalam buaian asmara Tun Tijah dan telah di bunuh oleh Tun Aman. Bendahara sangat kecewa bila mendengar khabar berita tentang Tun Aman dan Megat Sri Rama telah membunuh Tun Bija Ali dan mereka khabarkan yang mereka akan membunuh Sultan, “Sultan adil Sultan ku sembah, Sultan zalim Sultan ku tentang.”

Di pengakhirannya, Megat Sri Rama telah membunuh Sultan untuk membalas dendam, namun Megat Sri Rama telah di binasakan oleh Hulubalang dan di sumpah oleh Sultan, Megat Sri Rama muntah darah dan mati. Tun Aman yang menetang Sultan juga telah dibunuh oleh Dato Mentara Dalang.

PENGARAH – Hairul Anuar
Pen. Pengarah – Nur Atika Azlin

PELAKON
Megat Sri Rama – Muhd Azrul Shafiq
Tun Aman – Mohd Shaheril Muhaimin
Sultan – Muhammad Firdhaus Nasir
Tun Bija Ali – Muhammad Farhan
Tun Tijah – Nur Intan & Wan Mayniza
Wan Anum – Nur Fatiha Natenan
Mentara Dalang – Muhamad Noor Arif Fadilah
Bendahara – Muhamad Hafiz Sofri
Penghulu Bendahari – Muhd Shakir Aizat
Temenggung – Shafie Shariff
Ketua Dayang – Nurul Izzah
Pengawal – Shaiful Kamal
Saudagar I – Nur Syahirah Azlin
Saudagar II – Ayu Fatihah
Pak Mahat – Khairil Herwan
Makcik Jah – Nurul Dayinie
Makcik Siah – Seri Amisha

Tarikh : 13,14 & March 2015
Masa : 13 & 14 March (8.30malam)
15 March (3ptg)
Tempat : Taman Budaya, Kuala Lumpur
Tiket : RM5 (Pelajar) & RM10 (Dewasa)

KERIS LAKSAMANA BENTAN

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

STAR TRAFIK Siar Kesesakan Lalu Lintas Tahun Baru Cina

Astro Bakal Lancar Saluran Terbaik Korea CHANNEL M & OH!K