in ,

Sinopsis Malam Jumat Kliwon

Budiey BlogPada suatu ketika dahulu, seorang wanita bernama Suci telah dibunuh akibat memiliki kuasa sihir ilmu hitam yang dikatakan mampu membinasakan penduduk sekitar kampong. Sebelum dia mati, dirinya telah bersumpah akan bangkit semula untuk membalas dendam.

Kini, tempat di mana pembunuhan berlaku telah dibangunkan menjadi sebuah Hotel. Menurut Kepercayaan orang Jawa, bila tiba Malam Jumat Kliwon, Roh Suci akan bangun mencari mangsa bagi melangsaikan segala dendam lamanya.

Empat orang pelajar remaja – Ramon, Dhika, Sheila dan Joana, yang baru pulang dari tempat hiburan, ditahan oleh pihak polis secara tiba tiba. Akibat dari takut ditangkap, mereka memecut menuju ke hotel kosong yang agak sepi dan suram, tempat dimana tinggalnya ROH Suci.

Pada mulanya mereka menyangka Hotel tersebut hanyalah tempat persembunyian sementara namun lama kelamaan mereka mengetahui Hotel tersebut berpuaka bila seorang demi seorang diganggu dan dirasuk oleh ROH Suci serta Roh Roh Jahat yang berada disitu. Akibat dirasuk, mereka bertindak diluar kawalan bila cuba membunuh kawan sesama sendiri. Namun pembunuhan terus berlaku bila setiap kali tibanya Malam Jumat Kliwon…

Filem seram Indonesian ini akan diedarkan secara rasminya oleh RAM Entertainment dan bakal menemui penonton di pawagam pada 22 Nov 2007 di seluruh pawagam tanahair.  Sempena dengan pembukaan filem ini, satu tayangan pra-tonton kepada media akan diadakan pada 20 November 2007.

[tags]sinopsis malam jumat kliwon, filem kuntilanak 2 sinopsis, gambar kuntilanak, gambar hantu pocong, filem Hantu Jeruk Purut, komen filem Terowongan Casablanca, roh suci, hantu jerangkung dalam almari[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betty Benafe Kahwin VIP?

Lirik Lagu Sebelum Cahaya – Letto Don’t Make Me Sad