in ,

Sinopsis Filem REMPIT SAMPAI LANGIT 

Filem REMPIT SAMPAI LANGIT lakonan Ajak Shiro, Nabila Huda, Reen Rahim, Christina Suzzane, Tauke Jambu dan ramai lagi ini akan berada di pawagam mulai 23 November ini.

Rempit Sampai Langit

REMPIT SAMPAI LANGIT mengisahkan tentang Kudin yang membuat keputusan untuk menyertai geng mat rempit bagi memenangi kembali hati teman wanitanya, namun dia tidak diterima oleh mana-mana geng sehingga membuat dia kecewa dan patah hati.

Hidupnya berubah setelah seorang saintis Arab memberikannya sampel petrol ‘magik’ yang dapat mengubah motornya menjadi ‘motor terbang’. Fenomena kejadian Kudin dan ‘Kaduk’ terbangnya itu menjadi viral di internet dan media sosial.

Rakan karib Kudin, Comel yang selama ini memendam perasaan, nampak perubahan Kudin dan cuba membawanya kembali ke pangkal jalan. Bob, bos Comel sentiasa menasihati Comel supaya lupakan Kudin dan ingin memenangi hatinya tetapi gagal. Kudin pula semakin hanyut dalam dunia glamour.

Adakah usaha Kudin untuk menjadi ahli geng mat rempit berjaya? Dan berjayakah Comel membantu Kudin dari terus hanyut dalam dunia rempitnya?

Rempit Sampai Langit

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Pesanan Khidmat Masyarakat dari AirAsia Sempena Cuti Sekolah

Memperkenalkan Ini Dia Pelakon Filem LEE CHONG WEI