in

Sinopsis Filem AFTER THE WEDDING

Sinopsis Filem AFTER THE WEDDING: 

Jacob (MadsMikkelsen) adalah seorang lelaki idealistik yang bekerja di rumah anak yatim di India. Beliau memilih untuk kekal sebagai warga Denmark walaupun sudah 20 tahun meninggalkan negara itu. Rumah anak yatim beliau memerlukan dana dan apabila Jørgen (Rolf Lassgård), seorang ahli perniagaan Denmark, menghubunginya untuk sumbangan yang besar, dia mengenakan syarat untuk Jocob: Beliau perlu kembali ke Denmark untuk menandatangani kontrak.

Ketibaan Jacob di Denmark kebetulan dengan majlis perkahwinan anak perempuan Jørgen, dan Jacob turut dijemput menghadiri majlis. Di sana, Jacob mendapati ibu pengantin perempuan (isteri kepada peyumbang dana) adalah sebenarnya bekas kekasihnya, Helene (SidseBabett Knudsen).

Perkahwinan tersebut menjadi suatu titik pertemuan masa silam dan masa akan datang dan meletakkan Jacob dalam satu dilema hidup.

Anugerah:
• Pencalonan Filem Asing Terbaik, Academy Awards, 2007.
• Susanne Bier, Calon Pengarah Terbaik, European Film Awards, 2006.
• Mads Mikkelsen, Calon Pelakon Lelaki Terbaik, European Film Awards, 2006.
• Stine Fischer Christensen, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Bodil Awards, 2007.
• Susanne Bier, Filem Terbaik, Bodil Awards, 2007.

Ulasan:

Seperti filem-filem Denmark lain, para pelakon adalah hebat-hebat belaka, terutama sekali Lassgard dan Mikkelsen, yang lebih dikenali dalam dunia perfileman di luar Denmark sebagai pemegang watak jahat yang mengalirkan air mata darah ketika membelasah James Bond dalam “Casino Royale.”

“Air matanya kelihatan lebih hidup kali ini.” – The New York Times

“Sebuah lagi filem yang elegan dan hebat, mungkin hasil tangan Bier yang paling berkesan setakat ini.” – The Guardian.

AFTER THE WEDDING
(EFTER BRYLLUPPET)

Negara Asal:Denmark
Tarikh/Tahun Keluaran : 2006
Bahasa Asal:Denmark
Genre:Drama
Durasi:122 minit

Pengarah:Susanne Bier
Penulis skrip:Anders Thomas Jensen, Susanne Bier
Sinematografi:Morten Soborg
Pereka Pengeluaran:SorenSkjaer
Penyunting Filem:PernilleBech Christensen, Morten Hojbjerg

Barisan Pelakon:
MadsMikkelsen sebagai Jacob
SidseBabett Knudsen sebagai Helene
Rolf Lassgard sebagai Jorgen
Stine Fischer Christensen sebagai Anna

Akan ditayangkan pada 7 Mac 2015 di CinemaWorld, HyppTV Saluran 650

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Menangi Motosikal KTM Sertai Peraduan Drama SELUDUP

Peraduan Menang Pass Ke Parti Hari Jadi Neelofa Airish Miracle