in ,

LoveLove SEDIHSEDIH

Sinopsis Filem WARNA CINTA IMPIAN Lakonan Awie & Erra Fazira

Apabila sesebuah perkahwinan diaturkan oleh keluarga tanpa ada sebarang perasaan cinta di hati, sudah tentu pelbagai konflik akan berlaku dalam kehidupan berumah tangga. Apatah lagi sekiranya masing-masing mempunyai sejarah silam tentang kisah cinta yang pernah diharungi sebelum ini.

Itulah yang dipaparkan dalam filem terbaru berjudul WARNA CINTA IMPIAN, sebuah filem berkisar tentang cinta yang diterbitkan oleh Touch Tronics Entertainment, yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 31 Mac 2016.

lightbox 4 x 6 feet_FA_CO 5

Warna Cinta Impian: Paparan Konflik Dalam Perkahwinan

[dropcap]W[/dropcap]arna Cinta Impian mengisahkan tentang percintaan dan konflik kehidupan dunia moden antara Daniel (Erwin Shah Dawson), seorang arkitek dan Diana (Shikin Kamal) seorang peguam menjadi nadi percintaan. Mereka cuba untuk menyemai rasa cinta dalam rumah tangga, tetapi keegoan dan kegagalan percintaan silam masing-masing menimbulkan pelbagai konflik dalam kehidupan mereka.

Kemudian, ketegangan pula bermula dengan kemunculan Erra (Erra Fazira) kakak angkat Daniel yang menetap di luar negara menggamit kenangan silam cintanya bersama Awie (Awie) yang kecundang lebih dua dekad lalu. Secara kebetulan, Awie pula merupakan abang kandung kepada Diana.

Erra dan Awie mengambil keputusan untuk mengenepikan duka lama demi menyelamatkan perkahwinan Daniel dan Diana. Mampukan mereka menyelamatkan rumah tangga pasangan muda ini? Apakah ego Daniel dan Diana akan luntur dengan sisa-sisa cinta yang masih tinggal? Itu semua akan dapat disaksikan dalam filem Warna Cinta Impian yang bakal menggegarkan pawagam tidak lama lagi.

Menampilkan pelakon berasal dari Singapura, Erwin Shah Dawson serta Shiqin Kamal sebagai teraju utama dalam Warna Cinta Impian, filem ini juga turut menggamit kenangan tersendiri apabila menggandingkan pasangan popular era 90-an iaitu Awie dan Erra Fazira.

Memulakan penggambaran pada tahun 2014, Warna Cinta Impian turut memilih beberapa lokasi menarik di luar negara seperti India dan Australia, selain di Malaysia.

PELAKON
Erwin Shah Dawson
Shiqin Kamal
Awie
Erra Fazira
Azlee Khairi
Nazeera Sardi
Fad Bocey
Dato David Arumugam

KARYA ASAL
G. Ravindran & N.S Krishna

PENULIS SKRIP
Shida Ali

PENERBIT
G. Ravindran

PENGARAH
N.S Krishna

IMG_9254

IMG_9164

IMG_9035

IMG_8803

IMG_8650

IMG_8555

IMG_8416

IMG_8107

IMG_6697

IMG_3219

IMG_0144

_MG_7054

_MG_6711

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Complete List of Nominees The 25th Anniversary Of The MTV Movie Awards

Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Dato’ Siti Nurhaliza Lancar Jenama Pakaian CREACION BY SITI NURHALIZA