in ,

Sinopsis Filem USOP WILCHA MEGHONJANG MAKHLUK MUZIUM

Mountingboard Productions Sdn. Bhd dan D Siney Production. tampil buat pertama kalinya berganding bahu mempertaruhkan filem yang berjudul Usop Wilcha “Meghonjang Makhluk Muzium” yang akan mula ditayangkan pada 3 September 2015. Filem yang bergenre Komtemporari Komedi ini memaparkan kisah yang berlaku dalam sebuah muzium yang menyimpan banyak khazanah dan pengetahuan yang semakin dilupai oleh masyarakat masa kini. Segala khazanah sejarah yang sepatutnya menjadi kebanggaan dan pedoman masyarakat dalam merencanakan masa depan, telah di biarkan begitu sahaja.

Jom kita baca dulu sinopsis filem ini lakonan Usop Wilcha, Elizabeth Tan, Nasir Bilal Khan, Namron, Hitler Zami, Along Ezzendy, Farah Dhiya dan ramai lagi.

Sinopsis Filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium

Sinopsis Filem USOP WILCHA MEGHONJANG MAKHLUK MUZIUM

Cerita ini mengisahkan keadaan yang berlaku dalam sebuah muzium yang menyimpan banyak khazanah dan pengetahuan yang semakin dilupai oleh masyarakat masa kini. Segala khazanah sejarah yang sepatutnya menjadi kebanggaan dan pedoman masyarakat dalam merencanakan masa depan, telah di biarkan begitu sahaja.

Apabila Institusi Muzium semakin kurang sambutannya maka, pihak pengurusan Muzium telah megadakan satu pameran “Hantu-Hantu Dunia” untuk kembali menarik minat pengunjung.

Tanpa di sedari oleh pengurusan Muzium, penganjuran pameran ini mempunyai matlamat tersendiri.Melalui perancangan licik kumpulan pengamal ilmu hitam yang berasal dari Romania, penganjur Pameran ini sebenarnya ingin menghidupkan kembali Raja Dracula iaitu Vlad The Impaler.Bagi memenuhi hasrat ini maka kumpulan ini telah menganjurkan pameran ini di setiap Benua. Mengikut kepercayaan kumpulan ini, Dracula akan dapat hidup kembali dengan mendapatkan darah segar manusia dari setiap Benua. Muzium UPSI adalah lokasi terakhir yang mewakilli benua Asia.

Namun tanpa di sedari oleh penganjur, ada sesetengah pihak di sini yang dapat menghidu perancangan mereka. Mereka tidak sedar bahawa keadaan Negara Malaysia ini mempunyai keunikannya sendiri kerana patung-patung tokoh yang terdapat dalam Muzium ini hidup ketika masyarakat alpa dan leka.

Ada tiga Era tokoh dan bahan sejarah yang hidup dalam Muzium ini. Era Perak Man, Era 15 Masehi iaitu Sultan Mahmud Syah bersama dengan Bendahara baginda yang ke 6 iaitu Tun Perpatih Puteh dan hulubalang, begitu juga Era 18 Masehi iaitu Datuk Maharaja Lela, SiPutum dan pengikutnya.

Ketiga-tiga Era ini yang sentiasa tidak bersependapat dan sering berbalah ini, menyedari perancangan Penganjuran hantu-hantu ini. Dengan membuang perasaan Ego Era masing-masing, mereka terpaksa bersatu demi menyelamatkan masa depan cucu cicit mereka. Namun mereka terpaksa mendedahkan rahsia kehidupan mereka ini demi untuk meminta pertolongan manusia zaman ini untuk turut serta. Siapakah yang mereka pilih dan apa kriteria yang mereka tetapkan untuk berkomunikasi dengan manusia zaman ini. Maka di sini kemunculan Usop Wilcha yang baru bekerja sebagai penyelengara eletrikal di Muzium itu menjadi harapan mereka.

“Sejarah Tidak Pernah Mati”, menjadi intipati jalan cerita ini bagi mengangkat kembali minat masyarakat terhadap bahan-bahan dan fakta-fakta sejarah. Melalui sentuhan Komedi, Suspen, Seram, Politiking dan Konspirasi, aka Megonjang Makhluk Muzium cuba membawa dimensi baru di dalam sudut penceritaan Filem ini.

Penulis yang juga bertindak sebagai Penerbit filem ini telah memilih sendiri barisan Pengarah, Krew dan semua Pelakon yang terlibat dalam filem ini.Ini perlu dilakukan sendiri oleh penulis kerana dalam menghasilkan cerita Sejarah dan di suntik dengan elemen komedi ini tetap menjaga ketokohan Nama-nama besar dalam sejarah bangsa kita. Berikut adalah senarai nama Pengarah dan pelakon yang terlibat dalam filem ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

UNIQLO to Launch MAGIC FOR ALL Celebrating Disney, Marvel, Star Wars & Pixar

Ciri-Ciri Hebat Oppo R7 Yang Korang Perlu Tahu