in ,

Trailer & Sinopsis Filem RUDY HABIBIE (Habibie & Ainun 2)

Rudy Habibie ialah cerita tentang pencarian teman sejiwa seseorang. Sebuah cerita tentang pencarian cinta pertama dan cinta terakhir. Ianya sebuah cerita tentang Presiden Indonesia yang ketiga dan isterinya. Ianya sebuah cerita tentang Habibie dan Ainun.

Rudy Habibie, ialah seorang genius mengenai kapal terbang dan mepunyai impian yang besar. Dia menumpukan hidupnya untuk membina sebuah pesawat dengan harapan untuk menyatukan Indonesia. Sebagai seorang pelajar di Aachen, Germany, Rudy bukan sahaja belajar membina pesawat tapi juga belajar tentang erti persahabatan melalui pendekatannya dengan para pelajar lain seperti, Liem Keng Kie yang berbangsa China, Ayu seorang adik putri keraton dari Solo, Poltak, pemuda Batak yang jujur dan jenaka, dan Peter, seorang mahasiswa senior. Namun demikian, ILONA, mahasiswi keturunan Poland, ialah yang paling mempercayai cita-cita Rudy. Tapi tidak mudah bagi Rudy untuk mencari seorang yang bersefahaman dan ingin menyokongnya.

Filem Rudy Habibie

Latarbelakang Sejarah

Bacharuddin Jusuf Habibie a.ka. Rudy Habibie (dilahirkan 25hb Jun 1936) ialah seorang jurutera Indonesia yang menjadi Presiden Indonesia dari 1998 hingga ke 1999. Dia mewarisi kedudukan itu selepas Suharto meletak jawatan pada tahun 1998. Jawatannya sebagai Presiden dilihat sebagai masa peralihan ke era lepas Suharta. Sebagai Presiden, dia meliberalisasikan akhbar dan parti-parti politik Indonesia, dan mengadakan pilihanraya demokratik awal pada 1999. Ini mengakibatkan kehilangan jawatan Presidennya. Habibie ialah presiden Indonesia yang ketiga, selepas kemerdekaan.

Filem Rudy Habibie

Tenaga kerja

Pelakun / Watak:

Reza Rahadian (B.J Habibie / Rudy Habibie)
Chelsea Islan (Illona Ianovska)
Ernest Prakasa (Liem Keng Kie)
Boris Bokir (Poltak Hasibuan)
Verdi Solaiman (Romo Mangun)
Millane Fernandez (Sofia)
Pandji Pragiwaksono
Bastian Bintang Simbolan (Young Rudy Habibie)
Dony Damara (Alwi Abdul Jalil Habibie – Rudy’s Father)
Dian Nitami (R.a. Tuti Marini Puspowardojo – Rudy’s Mother)
Indah Permatasari (Ayu)
Julia Alexandra (Mira)

Pengarah: Hanung Bramantyo
Penerbit: Manoj Punjabi
Lakon Layar: Gina S. Noer
Penerbitan: MD Pictures

Tarikh Edaran: 4hb Ogos 2016
Masa Berjalan: 118 minit
Bahasa: Indonesian

Original Soundtrack (OST)

Tajuk Lagu: Mencari Cinta Sejati
Penyanyi: Cakra Khan
Pencipta: Melly Goeslaw
Label: MD Musik Indonesia

Filem Rudy Habibie

Filem Rudy Habibie

Filem Rudy Habibie

Filem Rudy Habibie

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Rozita Che Wan Fokus Dengan Bisnes Jus Goyang Rapat

Hatta Dolmat Lancar Wedding Collection 2016 Déesse de L’or