in ,

Sinopsis Filem RENTAP Lakonan Elfira Loy

Filem Rentap adalah sebuah filem aksi komedi. Ia mengisahkan 2 adik-beradik (Rashdan & Rashid) yang mempunyai minat yang mendalam dalam sukan ‘Parkour’ . ‘Parkour’ adalah sukan lasak yang memerlukan seseorang itu mempunyai disiplin dan semangat berpasukan yang tinggi. Filem sebegini belum pernah dipaparkan dalam pasaran filem Malaysia.

‘Rentap’ mempunyai penceritaan yang ringkas tetapi mempunyai mesej yang padat tentang keberanian yang positif, kesetiaan dan persahabatan. Fokus penceritaaannya pula tentang bagaimana Rashdan,Rashid dan rakan-rakan mereka harus mempercayai kebolehan mereka bagi menyelamatkan orang tersayang.

‘Rentap’ menggabungkan elemen hiburan menarik seperti seni Parkour yang hebat, elemen komedi, babak-babak yang menakjubkan serta ditambah dengan sentuhan romantik. Ia menjadikan ‘Rentap’ adalah filem yang sangat sesuai ditonton oleh golongan remaja.

Filem Rentap

Sinopsis Filem RENTAP

Filem ini bermula dengan kanak-kanak berlari dengan semangat kearah orang ramai yang sedang memenuhi ruang di acara yang penuh bergaya – Pertandingan Parkour, pertandingan yang melibatkan teknik kelajuan yang tinggi dari jalan-jalan yang sibuk dan sempit serta ke atas bangunan pencakar langit. Dalam pertandingan tersebut, Rashdan ini telah membuat keputusan untuk melepaskan peluang untuk memenangi pertandingan tersebut kerana ingin menyelamatkan lawannya hampir jatuh dari atas bangunan.

Elaina, seorang wartawan telah mengambil keputusan untuk mendekati Rashdan & Rashid untuk menemubual mereka.tentang kejadian Rashdan menyelamatkan peserta lain. Rashid fdengan gembirannya menerima perlawaan Elaina kerana dia tertarik dengan kecantikan dan keindahan Elaina. Walau bagaimanapun Rashdan menolak tawaran itu dengan sebab Elaina adalah seorang wartawan yang hanya tahu menokok tambah cerita sebenar menjadi sensai supaya akhbarnya laku dijual.

Elaina tidak mahu mengalah. Dia terus menunjukkan artikel yang ditulisnya berkaitan pendedahan Dragon 88 kepada Rashid dan Rashdan. Elaina mahu buktikan kepada Rashdan yang dia bukan seorang wartawan sensasi tetapi seorang wartawan yang beretika. Apa yang Elaina tidak tahu, artikelnya telah menarik perhatian pihak polis keatas kumpulan Dragon 88. Bagaimanapun, Rashdan masih tidak yakin dan menolak tawaran Elaina. Elaina yakin yang mereka akan bertemu sekali lagi tidak lama lagi.

Rashdan dan Rashid tidak sabar untuk pulang kerumah kerana ingin menyambut harijadi Sofiya, seorang budak perempuan yang membesar bersama-sama dengan mereka di rumah anak yatim yang diuruskan oleh Pak Zamri. Pak Zamri ketika muda pernah dipenjarakan kerana terlibat dalam geng samseng. Disebabkan itu, Pak Zamri bukan sahaja kehilangan isterinya tetapi berasa malu untuk mengaku bahawa dia adalah bapa kandung kepada Sofiya.

Pada suatu hari, Naga, ketua Dragon 88 Gang telah melawat ke rumah anak yatim untuk berjumpa Zamri iaitu ‘kawan lamanya’. Sebagai sebahagian daripada bekas anggota Dragon 88 Gang, Naga meminta bantuan Zamri kerana ibu pejabat mereka sedang diperhatikan oleh pihak polis. Zamri enggan dan menolak permintaan Naga kerana dia tidak mahu melibatkan rumah anak yatim serta anak-anak jagaannya dalam segala urusan Dragon 88.

Naga telah membuat keputusan untuk menculik Sofiya bertujuan untuk mendapat persetujuan daripada Zamr. Zamri tidak mempunyai pilihan dan biarkan mereka menyembunyikan ‘barangan’ mereka di rumah anak yatim tersebut sebagai pertukaran untuk anak perempuannya. Sementara itu, Elaina pula telah diserang oleh kumpulan yang sama kerana artikel Dragon 88 yang telah dia tulis olehnya. Mujur Rashdan dan Rashid ada pada masa yang tepat untuk menyelamatkan Elaina.

Rashdan dan Rashid telah menjumpai dadah/barangan milik Dragon 88 (mereka tidak tahu kepunyaan siapa) ketika mereka membantu mengemas rumah anak yatim mereka. Rashdan dan Rashid bersemuka dengan Zamri dan menyoal Zamri tentang dadah tersebut. Mereka buang dadah itu sebelum mereka mengetahui Dragon 88 telah menculik Sofiya sebagai insurans dadah mereka yang disimpan oleh Zamri.

Rashid mencadangkan supaya mereka berdua pergi bertemu dengan Elaina untuk menjejaki Dragon 88 Gang. Elaina telah berjanji untuk membantu mereka hanya jika mereka berjanji untuk membawa beliau bersama-sama.

Rashdan dan Rashid tidak mempunyai pilihan lain selain membawa Elaina bersama- sama mereka. Mereka berjaya memecah masuk ke dalam Rumah Naga tetapi gagal untuk menyelamatkan Sofiya. Rashdan telah cedera dan mereka berjaya melarikan diri dengan bantuan Elaina. Elaina akhirnya telah mendapat kepercayaan Rashdan dan Rashid. Mereka memutuskan untuk menyelamatkan Sofiya bersama-sama.

Rashdan dan Rashid telah ditangkap oleh kumpulan Dragon 88 ketika mereka cuba untuk menyelamatkan Sofiya pada hari berikutnya. Naga marah dan memberitahu Zamri untuk membawa dadah dengan segera ke gudang untuk ditukarkan dengan 3 tebusan yang ada didalam tangannya. Zamri tidak mempunyai pilihan lain selain untuk membawa ‘tepung’ bagi menyelamatkan Sofiya, Rashdan dan Rashid.

Saat dadah diterima, Naga melepaskan Sofiya. Rashdan dan Rashid masih lagi dikurung. Naga menjadi marah apabila mengetahui dadah itu sebenarnya tepung. Naga mengarahkan koncu-koncunya untuk membunuh Zamri, Sofiya, Rashdan dan Rashid tetapi pada masa yang sama, Elaina datang bersama dengan polis dan kumpulan Parkour Rashdan dan Rashid untuk menyelamatkan keadaan.

Polis berjaya memberkas Naga dan kumpulan Dragon 88. Naga hanya ketawa kerana dadah itu hanyalah tepung. Apa yang Naga tidak tahu, Elaina telah berjaya menukar tepung dengan dadah sebenar yang selama ini telah disembunyikan oleh Rashdan dan Rashid. Apabila mengetahui hal itu, Naga sangat marah. Persahabatan antara geng Parkour dan Rashdan dan Rashid telah menjadi lebih kuat kerana mereka sanggup mengambil risiko untuk menyelamatkan Zamri, Sofiya, Rashdan dan Rashid.

Beberapa hari kemudian, Rashdan dan Rashid bertemu geng Parkour di taman semasa mereka sedang bersama-sama. Seperti yang dijanjikan oleh Rashdan dan Rashid, Elaina telah diberi kebenaran untuk menulis tentang Rashdan dan Rashid dan sukan parkour. Rakan-rakan parkour Rashdan dan Rashid telah dijemput mereka untuk menyertai pertandingan Parkour yang akan datang di Indonesia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Chatime Named Brand Of The Year At The World Branding Awards

Senarai Peserta Program Mentor Legend di TV3