in

Sinopsis Filem Relationship Status

Sinopsis Filem Relationship Status

Berdasarkan pelbagai pilihan status yang terdapat di laman web rangkaian sosial seperti Facebook, filem Relationship Status merupakan kisah beberapa warga kota dari semua lapisan masyarakat, di mana hubungan mereka dicipta, ditukar dan kadang-kala dirosakkan oleh rangkaian sosial dan cara kita berkomunikasi pada zaman ini.

Sebahagian daripada babak-babak dalam Relationship Status mencuit hati manakala ada yang menyedihkan. Walau bagaimanapun, semua cerita-cerita ini akan menyentuh hati. Malah, kebanyakan cerita-cerita dalam Relationship Status berdasarkan peristiwa sebenar yang mungkin hanya akan berlaku pada abad ke-21 dengan populariti laman web rangkaian sosial.

Seperti negara kita, cerita-cerita dalam Relationship Status sebuah kisah yang menggambarkan pelbagai etnik bangsa dan bahasa. Walaupun kebanyakan watak-watak bercakap dalam Bahasa Inggeris, ada yang bertutur dalam bahasa Melayu dan ada pula yang berbahasa Hokkien. Semua watak-watak dalam filem ini datang daripada semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Walaupun mereka semua berbeza, menjelang akhir filem semua hubungan mereka bakal dijejaskan oleh rangkaian sosial.

Poster Relationship Status

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Promosi AirAsia X Blast Off 2012

Review Grand Blue Wave Hotel Shah Alam