in , ,

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Info Filem Pontianak VS Orang Minyak :
Pengarah : Afdlin Shauki
Penulis Skrip : Afdlin Shauki
Tarikh Tayangan : 22 November 2012
Klasifikasi : P 13
Genre : Komedi Seram
Bahasa : Bahasa Melayu
Durasi : 1 jam 43 minit
Syarikat Penerbit : Ismail Holdings & Vision Works Sdn. Bhd
Promosi & Pengedaran : Alternate Pictures
Link Facebook : http://www.facebook.com/Pontianakvsorangminyak

Senarai Pelakon Pontianak VS Orang Minyak:

  1. Nabil sebagai Ponti / Sirun
  2. Johan Raja Lawak sebagai Omi / Ketiak
  3. Sharifah Shahirah sebagai Ratu Syaira
  4. Sharifah Amani sebagai Maria
  5. Afdlin Shauki sebagai Pak Rejab
  6. Harun Salim Bachik sebagai Lembaga Hitam
  7. Black Kopi O (Raja Lawak) sebagai Dr Romi
  8. Lana Nordin sebagai Ruminah
  9. Khir Rahman sebagai Sudiro
  10. Adibah Noor sebagai Saodah
  11. Isma Hanum sebagai Bunga Cinta Melor
  12. Nur Atirah Rahani sebagai Bunga Cinta Kasturi
  13. Fizz Fairuz sebagai Hentak
  14. Tepet Raja Lawak sebagai Pakok

Penampilan Istimewa:

  1. Fara Fauzana
  2. Noh Hujan
  3. Dr. Azizan
  4. Vanidah Imran
  5. Dira Abu Zahar
  6. Ozlyn Watie
  7. Mak Jah

Sinopsis Pontianak VS Orang Minyak
[dropcap]P[/dropcap]ontianak VS Orang Minyak mengisahkan pergolakan hidup dua ekor hantu yang baru saja berkecimpung di dalam dunia kehantuan. Ponti merupakan seekor pontianak lelaki yang amat dibenci oleh pontianak-pontianak lain kerana sepatutnya semua pontianak datang dari golongan wanita.

Omi pula seekor orang minyak lembut yang amat memeningkan kepala orang-orang minyak lain yang ditugaskan untuk menunjuk selok belok menjadi seekor orang minyak kepada beliau. Walaubagaimanapun, ujian terakhir mereka merupakan cabaran yang sangat hebat apabila mereka dihantar untuk mencari mangsa di sebuah kampung yang dipanggil Kampung Puaka.

Malangnya Kampung Puaka ini dipenuhi oleh orang-orang yang tidak takut akan hantu. Mereka ini tergolong daripada golongan pawang, bomoh dan juga hantu-hantu yang telah bertaubat. Kampung Puaka juga telah dipasang “pendinding sakti” dimana semua hantu tidak dapat masuk ke dalam kawasan kampung itu.

Kampung Puaka menerima penduduk kampung yang baru iaitu Saodah dan dua orang anak perempuannya, iaitu Bunga Cinta Kasturi dan Bunga Cinta Melur. Ponti dan Omi merancang untuk menyerang kedua – dua anak perempuan Saodah, tetapi, sebaliknya, mereka telah jatuh cinta kepada mereka. Ponti jatuh cinta dengan Bunga Cinta Kasturi, manakala, Omi pula jatuh cinta dengan Bunga Cinta Melur.

Ini membuatkan mereka mengambil keputasan untuk menukar rancangan mereka, Ponti akan menyerang Bunga Cinta Melur dan Omi akan menyerang Bunga Cinta Kasturi. Tetapi, mereka berdua telah dihalang sesama sendiri dan menyebabkan mereka berdua bertelingkah.

Dalam pada masa yang sama, terdapat perebutan kuasa untuk menjadi ketua Kampung Puaka antara ketua Kampung Puaka dan adik iparnya sendiri, Sudiro. Tetapi, oleh kerana Pak Rejab adalah seorang yang lebih berpengalaman, Sudiro terpaksa mengikut cakap Pak Rejab. Ini membuatkan Sudiro tidak puas hati dengan Pak Rejab, dan telah membelot kampungnya sendiri dengan membuat perjanjian dengan ketua Orang Minyak, dan Ratu Pontianak.

Apa akan jadi kepada nasib penduduk Kampung Puaka? Yang lebih penting, apa akan jadi kepada Ponti dan Omi? Adakah mereka berdua akan menjadi hantu yang sejati?

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

TRIVIA PONTIANAK VS ORANG MINYAK

1. Pekan Kampung Puaka yang merupakan latar tempat di dalam filem ini telah dibina khas di Kemensah.
2. Solekan seekor Pontianak mengambil masa selama dua jam menggunakan latex yang ditempah khas dari luar negara.
3. Lagu tema Pontianak VS Orang Minyak telah dinyanyikan oleh Johan sendiri dan liriknya ditulis oleh Pacai.
4. Filem ini merupakan filem ke 12 yang telah diarahkan oleh Afdlin Shauki.
5. Penggambaran mengambil masa selama 32 hari.
6. Johan dan Nabil merupakan pelakon utama filem ini.
7. Filem komedi seram pertama tulisan dan arahan Afdlin Shauki.
8. Lokasi utama filem ini bertempat di Kemensah, Ulu Langat dan Gua Damai di Batu Caves.
9. Turut menjayakan filem ini ialah Harun Salim Bachik, Sharifah Shahirah, Sharifah Amani, Khir Rahman, Lana Nordin, Adibah Noor dan Afdlin Shauki sendiri.
10. Hampir 20 orang pelakon tambahan disolek menjadi Pontianak dan Orang Minyak.
11. Noh Hujan dan Dr. Azizan membuat penampilan khas di dalam filem ini.
12. Pelakon-pelakon yang menjadi Oang Minyak telah dicat dan disembur menggunakan cecair yang ditempah khas untuk keselasaan kulit.
13. Menampilkan bakat baru, Isma Hanum dan Nur Atirah sebagai anak kepada Adibah Noor dan Tepet Raja Lawak sebagai Pakok iaitu pembunuh Pontianak.
14. Vanidah Imran, Dira Abu Zahar, Ozlyn Watie, dan Mak Jah turut membuat penampilan khas di dalam filem ini.
15. Krew dan para pelakon terpaksa mendaki 172 anak tangga untuk ke set gua Orang Minyak yang terletak di Gua Damai di Gombak.
16. Nabil merupakan pelakon lelaki pertama yang melakonkan watak sebagai Pontianak.
17. Suntingan pertama filem ini berdurasi selama 4 jam setengah.
18. Nabil dan Johan melakonkan hampir keseluruhan babak aksi sendiri.
19. Ini merupakan pengalaman pertama Fizz Fairuz berlakon di bawah arahan Afdlin Shauki.

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari

Diana Danielle Hamil Selepas 16 Hari Bernikah Dengan Farid Kamil