in ,

Sinopsis Filem PapaDom Arahan Afdlin Shauki

PAPADOM sebuah filem terbaru dari Tayangan Unggul yang kini sedang sibuk menjalani pengambaran di sekitar Pulau Pinang dan di UiTM Shah Alam. Filem arahan Afdlin Shauki turut dibintangi beberapa pelakon popular. Mesti gempak habis ni kan? Tajuknya pun unik dan double meaning.

Judul: PapaDom
Tagline: Sebuah kisah mengenai seorang bapa, seorang anak dan papadom.
Genre: Drama / Komedi
Pengarah: Afdlin Shauki
Penerbit: Tayangan Unggul Sdn Bhd
Kos penerbitan: RM1.44 juta

Pelakon:
Afdlin Shauki (Saadom)
Noorkhiriah (Munira)
Liyana Jasmay (Miasara)
Vanidah Imran (Profesor Balqis)
Farid Kamil (Hisham)
Scha (Shasha)
Chelsia Ng (Yvonne)
Que Haidar (Mat)
Harun Salim Bachik (Hussin)
Pete Teo (Alan)
Adham Malek (Ali)

Tarikh tayangan: 2008

Sinopsis Filem PapaDom:
Mengisahkan Saadom adalah seorang pengusaha kedai makan yang terlalu kuat bekerja sehingga berjaya mengejar impian hidupnya, namun dia gagal dalam tanggungjawabnya sebagai suami kepada Munira dan ayah kepada Miasara. Situasi ini berubah apabila Saadom kehilangan isteri kesayangannya yang mati dalam satu kemalangan ketika ingin melihat anaknya menerima anugerah di sekolah selepas suaminya memberikan alasan sibuk. Sebelum itu, Munirah sempat berpesan agar suaminya akan sentiasa menjaga anaknya seperti mana menjaga kerjanya. Sejak itu Saadom tidak lagi seperti dulu, ke mana saja anaknya berada dia sentiasa berada di sisi. Sehinggalah saat berpisah apabila Miasara ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya di IPTA. Miasara tidak lagi mahu ayahnya mengikutnya ke Kuala Lumpur dan mengugut akan berhenti belajar sekiranya tidak patuh arahannya. Saadom akur dengan kehendak anaknya, namun di sebalik itu Saadom punyai rancangan untuk memohon jawatan sebagai tukang kebun di IPTA tempat anaknya belajar agar dapat sentiasa melihat anaknya.

2068247011 47Ce470A8F | 4

[tags]sinopsis filem papadom, pelakon papadom, sinopsis papadom, trailer papadom, poster papadom, sneak peak, sneak preview, pete teo, afdlin shauki gambar, Siti Salmah meninggal dunia, penderma organ meninggal dunia, perhimpunan haram Hindraf, gambar perhimpunan haram hindraf, india mogok, makanan india, cinta india, fesyen india, restoran, pengambaran papadom uitm, budak uitm seks, gambar bogel student uitm[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anugerah Juara Lagu, Kejutan, Ramalan dan Datuk Siti Nurhaliza

Ulasan Filem The Enchanted: Pertembungan Dunia Fantasi & Realiti