in , , ,

Sinopsis Filem Orang Minyak Lakonan Sharifah Sofea & Firz Fairuz

Filem cereka yang berunsur fiksyen dan mitos mengisahkan satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah pusat pengajian tinggi bernama DIAN yang membuat penyiasatan serta kajian mengenai Orang Minyak di Kampung Silang. PAK JUNID menempatkan Dian dirumahnya dan Kampung Silang menyaksikan majlis pertunangan gadis bernama INA dengan majlis bersukaria tetapi dicemarkan oleh amukan Orang Minyak. Orang Minyak yang telah mengganas di kampong itu telah di tawan Pak Junid dan MUNIR seorang pemuda tampan yang penuh dengan ilmu persilatan. Mereka telah mengurung Orang Minyak didalam sebiji botol dan dicampakkan ke dalam tasik.

Malangnya botol ini yang tersangkut di antara sampah di dasar tasik telah di naikkan ke atas oleh dua orang kaki pancing dan botol itu dibawa ketepi bangsal lalu dibuka penutupnya. Orang Minyak lepas keluar. Orang Minyak mengganas semula dan Syaitan menghasut MALEK KUMBO salah seorang penuntut seni silat untuk membunuh Tok Guru nya.  Malek Kumbo dijanjikan syaitan ilmu yang lebih hebat dari Tok Guru dengan memperkosa 21 orang gadis. Orang Minyak akhirnya ditewaskan oleh Munir dan menjelma semula sebagai Malek Kumbo yang selama ini merupakan jelmaan Orang Minyak.

Filem Orang Minyak akan menemui penonton seluruh Malaysia bermula 15 November 2007.

Nantikan ulasan filem Orang Minyak yang akan disiarkan esok!

[tags]Filem Orang Minyak, sinopsis orang minyak movie, gambar Sharifah Sofea bf, foto Firz Fairuz, pelakon drama hebat, fiksyen mbook, malek nor gossip, gambar c k karan, ugly betty pic[/tags]

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Siti Nurhaliza Canteq ke Berlakon Jadi Azizah Awek P. Ramlee?

Kajian Filem Drama Melayu, Chinese dan India atau Hindustan