in , , ,

Sinopsis Filem NOTA Lakonan Hans Isaac & Maya Karin

42nd Pictures Sdn Bhd telah memulakan operasi mereka pada Oktober 2010 diterajui oleh Yasu Tanaka dan Bea Tanaka. Mereka berdua sangat komited dalam membaik pulih kualiti perfileman industri Malaysia. Mereka mahu berkongsi pengalaman menerusi syarikat mereka. Mereka menyedari bahawa industri perfileman negara sebenarnya mempunyai potensi untuk memasarkan produk kita ke peringkat antarabangsa. Hasil kerja mereka “Lari, Sayang Lari” (2011), telemovie dan siri 2014 serta paling terkini adalah “Nota” (2015).

Sinopsis Filem Nota Lakonan Hans Isaac &Amp; Maya Karin

Yasu Tanaka di lahirkan di Tokyo, Jepun, dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun di Hollywood. Dia memegang Ijazah Sarjana Muda Filem dari California State University yang terletak di Northridge dan Columbia College. Dia mempunyai pengalaman sebagai penulis skrip dan penganalisa skrip di ‘Hollywood’ dan Jepun. Dia mula mengajar kelas lanjutan penulisan skrip di Tokyo dan Los Angeles pada tahun 2006. Pada Februari 2009, Tanaka telah mengendali “Masterkelas on Scriptwriting” di FINAS. Antara tahun 2009 dan 2010, dia telah mengadakan sebanyak 7 Masterclass di Finas. Pada September 2010, beliau telah memberi kuliah mengenai penulisan kepada para pemenang IPCC yang di anjurkan oleh MDEC.

Pada June 2009, Buku Tanaka berjudul “Hollywood Storytelling” telah diterbitkan dan diedar di Jepun oleh AIIKU Publication Japan. Finas telah menerbitkan penulisan buku Tanaka yang berjudul “Scriptwriting : Ultimate StoryTelling pada 2011. Tanaka adalah penasihat & konsultan kepada MARZA Animation Planet Inc. (Kumpulan Syarikat SEGA Sammy) dan telah berusaha mereka bentuk sistem bagi mengeluarkan animasi bermutu tinggi bagi memasarkan di peringkat antarabangsa. Dia juga telah membuat beberapa skrip filem utk WARNER Jepun.

Manakala, Bea mempunyai pengalaman 18 tahun dalam TESL (Teaching English as a Second Language) guru pendidikan khas golongan istimewa iaitu bahagian masalah pendengaran. Dia mempunyai Ijazah Sarjana Muda di dalam Pendidikan Khas, graduan lepasan UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia). Bea bersara awal demi membantu suaminya, Yasu untuk mengajar di Malaysia.

Pada tahun 2010 sehingga 2012, Bea Tanaka telah menganjurkan SSFFA (Shorts Shorts Film Festival & Asia) sebagai Penerbit dan Pengawai Perhubungan Awam antara Jepun dan FINAS di mana FINAS telah menjadi penaja. Latar belakangnya sebagai seorang guru selama 18 tahun, dia banyak memahami tradisi kebudayaan Malaysia. Ini membuatkan dia menjadi perantara dan penyelaras untuk projek 42nd Pictures yang melibatkan koleborasi kerjasama dari luar negara.

Bea fasih berbahasa Inggeris, Melayu, Cantonese dan Mandarin. Kelebihan ini membolehkan 42nd Pictures untuk menganalisa skrip di dalam Bahasa Melayu. Mereka juga telah terlibat sebagai Penganalisa Skrip dalam projek “Filem Kenegaraan” di bawah FINAS, di mana sinopsis dan skrip tersebut adalah Bahasa Melayu.

Filem 42nd Pictures yang pertama berjudul Nota. Ia adalah sebuah filem yang mempamerkan keindahan alam semulajadi negeri Sarawak. Di samping lokasi pengambaran yang menarik di Taman Negara Bako, ia juga memperlihatkan gaya kehidupan dan budaya di negeri Sarawak. Lokasi istimewa ini akan mampu menarik minat orang ramai untuk melancong ke negeri Sarawak. Tempoh penggambaran filem ini mengambil masa selama 26 hari, ia bermula pada April sehingga Mei 2013. Di samping itu juga terdapat babak-babak menarik yang di rakam dengan menggunakan helikopter.

Filem Nota mula akan ditayangkan di pawagam pada 13 Ogos 2015 serentak. 42nd Pictures membariskan pelakon handalan tanahair seperti Maya Karin, Hans Issac, arwah Ramli Hassan dan Rin Izumi. Pihak produksi mendedikasikan filem ini khas buat arwah Ramli Hassan sebagai mengenang filem lakonan terakhir beliau. Jangan lupa saksikan filem arahan Yasu Tanaka, genrenya ialah ‘phychological thriller’, misteri dan jenayah.

Sinopsis Filem Nota Lakonan Hans Isaac &Amp; Maya Karin

Sinopsis Filem NOTA

Kamal dan Erin adalah sepasang suami isteri yang telah lama menghadapi masalah rumah tangga kerana gagal untuk mendapatkan zuriat, akibatnya mereka jarang berkomunikasi. Ketika ulangtahun perkahwinan yang ke-10, mereka memilih untuk bercuti ke Taman Negara Bako di mana Kamal telah melamar Erin, 10 tahun yang lalu.

Ketika perjalanan mereka ke Bako, Erin tak sengaja terjumpa nota yang ditulis Kamal yang membayangkan dia akan mengakhiri semuanya di puncak tebing. Erin berasa sangat bersalah dengan situasi berkenaan. Selepas itu Erin mendapat tahu bahawa Kamal mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain dan sekarang ini telah mengandung anak Kamal.

Dalam keadaan sedih dan tertekan, antara cinta dan benci, Erin merancang satu pembunuhan dengan menggunakan nota itu menjadi bukti yang kuat untuk dirinya. Rancangannya tergendala dengan kehadiran Jemat, seorang pembawa bot yang membawa mereka ke kawasan Taman Negara Baku.

Sinopsis Filem Nota Lakonan Hans Isaac &Amp; Maya Karin

NAMA WATAK & PELAKON FILEM NOTA:
1) ERIN – MAYA KARIN
2) KAMAL – HANS ISAAC
3) JEMAT – RAMLI HASSAN
4) MAYUMI – RIN IZUMI

Sinopsis Filem Nota Lakonan Hans Isaac &Amp; Maya Karin

Sinopsis Filem Nota Lakonan Hans Isaac &Amp; Maya Karin

Sinopsis Filem Nota Lakonan Hans Isaac &Amp; Maya Karin

Sinopsis Filem Nota Lakonan Hans Isaac &Amp; Maya Karin

Sinopsis Filem Nota Lakonan Hans Isaac &Amp; Maya Karin

Sinopsis Filem Nota Lakonan Hans Isaac &Amp; Maya Karin

Sinopsis Filem Nota Lakonan Hans Isaac &Amp; Maya Karin

SENARAI NAMA KREW PRODUKSI:
PRODUCER – BEA TANAKA / TAN CHOOI BEA
DIRECTOR/ SCRIPTWRITER – YASU TANAKA

PRODUCTION MANAGER/ LINE PRODUCER – AZIZAN BINTI ABDUL AZIZ/ IZANN AZIZ
ASSISTANT DIRECTOR – MOHD HANAFIIAH BIN ABDULLAH/ UNCLE PETE
PRODUCTION MANAGER (SARAWAK) – MOHD GHAZALI BIN JEMAN/ JALOT JEMAN
ART DIRECTOR / PROPMASTER – ZUHDI NUSUKI BIN JUSOH / ZUHDI NUSUKI
PROPMASTER – MOHD FAZRUL IZWAN BIN ZAINAL AZEMAN / MOHD FAZRUL IZWAN
ASSISTANT PROP (SARAWAK) – ASSISTANT PROP (SARAWAK)
ASSISTANT PROP (SARAWAK) – MEZAM BIN MALIAN
WARDROBE – MOHD SHARUM BIN KAMARUDDIN / SHARUM KAMA
ASSISTANT WARDROBE – HAIROLAKBAR BIN MOHD SALIMAN / AYU JENTAYU
MAKE UP – SITI ZAHERA BINTI AZHAR
ASSISTANT MAKE UP – NORAZLITA BINTI HASIM
SOUND RECORDING – CHRISTOPHER HIGGS
ASSISTANTT SOUND – IRWANDI AHMAD BIN IBRAHIM / IRWANDI AHMAD IBRAHIM
SCRIPT SUPERVISOR – MOHD HASHIM BIN SAKIRI / HASHIM SAKIRI
PRODUCTION ASST – WAN NORAZIELAH BINTI WAN HASHIM / IENA HASHIM
LOCAL COORDINATOR (SARAWAK) – NAZARUDIN BIN NAZERI
DIRECTOR OF PHOTOGRAPHY – MAXIMILIAN SCHMIGE
ASSISTANT CAMERAMAN – AZLAN SUHAIMI BIN IBRAHIM / AL-MIMY
ASSISTANT CAMERA 2 – MUHAMMED SETH NABILL BIN MOHD HANAFIAH / SETH NABILL
KEY GRIP – HAMDAN BIN BACHIK / ARMDONE
BEST BOY GRIP – MOHAMMAD YAZID BIN BUJAI / YAZID
RUNNER (KL) – MUHAMMAD MUSTAQIM BIN AHMAD FADZI / BARD
RUNNER (SARAWAK) – ZULFITRI BIN SUHAILI AWENG AWENG S4 RUNNER
GAFFER / CHIEF LIGHTING TECHNICIAN – MEGAT ROSLAN BIN SIDIN / ANUAR KING
BEST BOY ELECTRIC – KHAIRUL ANUAR MAULA JOHARI / AN
LIGHTING CREW – WAN SYOUKRY BIN WAN HOSSEN.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siapa Pemenang AirAsia Runway Ready Designer Search 2015

Astro on the Go Tawar Akses PERCUMA