in ,

Sinopsis Filem MARABAHAYA UNDERGROUND Lakonan Hazama

Astro First bakal membawa filem aksi komedi yang berlatarkan aksi kereta, Marabahaya Underground Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480, bermula 2 Disember ini.

Filem bertemakan perlumbaan kereta sering dilihat berjaya menarik perhatian penonton Malaysia. Salah satu daya tarikannya adalah adegan-adegan menarik serta menampilkan kereta-kereta koleksi menarik idaman penonton. Terbaru, Astro First bakal membawa filem aksi komedi yang berlatarkan aksi kereta, Marabahaya Underground Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480, bermula 2 Disember ini. 

Menariknya, buat peminat kereta, filem Marabahaya Underground adalah cukup dekat di hati anda kerana menampilkan kereta-kereta terhebat seperti, Mustang, Nissan Fairlady, Mitsubishi Evo, Porsche dan banyak lagi. Selain itu, filem berdurasi 90 minit tersebut turut dipadatkan dengan adegan kejar-mengejar yang sudah cukup membuatkan adrenalin penonton mengalir deras. Bukan hanya satu babak yang pamerkan aksi tersebut, tetapi dari awal sehingga ke penghujung filem! Manakala, lokasi- lokasi penggambaran adalah di sekitar Ipoh, Shah Alam dan Kuala Lumpur. 

Sinopsis Filem Marabahaya Underground Lakonan Hazama

Dalam filem Marabahaya Underground juga, ia menggandingkan pelakon popular tanah air, Hazama dan Joey Daud sebagai teraju utama. Ini adalah kali pertama kedua-dua bintang ini digandingkan berdua untuk sebuah filem, namun ‘chemistry’ atau keserasian mereka berdua dalam menggerakkan watak dapat dirasai. Bagi watak antagonis pula dilakonkan oleh pelakon filem Olabola iaitu Jian Wein dan penyanyi rap tanah air yang semakin meningkat naik, MK K-Clique

Watak-watak lain yang turut menghiasi filem terbitan produksi D’edge Communication ini adalah Jasmin Suraya, Santesh Kumar, Dayana Roza, Scha Elinnea, Amzarul dan Cat Farish. Manakala bagi penampilan istimewa seperti, Wahid Senario, Hamdan Senario, Amir Raja Lawak, Zalif Sidek serta Pelumba Supercar Negara, Zen Low, Pelumba Kereta Negara, Keifli Othman, Drifter Negara, Jian Hui Wong, dan Pelumba Rally Negara, Faizal Alang

Selain berlakon, Cat Farish juga menggalas tanggungjawab sebagai Penerbit dan Pengarah Bersama bagi filem Marabahaya Underground. Pengarahnya pula adalah Helmi Yusof, yang sebelum ini pernah mengarahkan filem Bikers Kental (2013), Bikers Kental 2 (2019) dan banyak lagi. 

Penerbit Eksekutif dan Pengarah Filem Filem Marabahaya Underground, Cat Farish berkata, “Sejak kebelakangan ini industri filem tempatan jarang menghidangkan filem bertemakan aksi kereta. Kami yakin, filem sebegini masih mempunyai kelompok peminat tersendiri, dan ia terbukti dengan sambutan positif dalam kalangan penonton tanah air terhadap filem-filem aksi kereta dari luar negara. Jadi, kami tampilkan Marabahaya Underground dengan adegan-adegan aksi memukau dan dimantapkan lagi dengan elemen komedi. Malah, kami turut membuat suntingan menggunakan teknik terkini bagi memastikan dapat menampilkan ‘look & feel’ yang segar. Filem ini juga menampilkan lebih 10 lagu lagu hip hop yang baru daripada artis ‘underground’ hip hop. Kami berharap kehadiran filem ini mampu memberi persepsi dan kepuasan baru kepada penonton terhadap filem aksi kereta tempatan.” 

Sinopsis Filem Marabahaya Underground Lakonan Hazama

Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Tahun ini menyaksikan deretan filem dengan genre serta jalan cerita berbeza menghiasi platform Astro First. Kami akan terus fokus dengan membawakan variasi filem buat pilihan penonton. Bagi Marabahaya Underground, ia mempersembahkan karya yang bertemakan aksi kereta dan disulami dengan elemen komedi oleh barisan pelakon terkenal. Kami percaya tema aksi kereta masih relevan dan melalui filem Marabahaya Underground juga bakal menyaksikan transformasi filem yang membawa subjek kereta dari sudut kualiti penyuntingan. Kami harap ia mampu menyuntik keterujaan penonton untuk melihat sendiri kehebatan filem ini.” 

Filem ini diiringi lagu tema utama bertajuk ‘Velocity’ yang dinyanyikan oleh Operahaus x Lil J feat Eddie G, Bee Manhan, Malik Abdullah dan Orga, hasil lirik oleh Faizul, Lil J , Eddie G, Bee Manhan, Mambang & Orga dan komposer oleh Faizul. 

Marabahaya Underground mengisahkan tentang Chon (Hazama) peminat sukan permotoran dan sangat mengidolakan Shah Dhani (Joey Daud), iaitu seorang raja drift Malaya. Akan tetapi Shah Dhani juga adalah seorang yang banyak hutang dan kaki judi. Shah Dhani menggunakan Chon untuk melepaskan dirinya dari hutang dan berjanji untuk menjadikan Chon anak didiknya dalam dunia ‘drift’ di Malaysia. Shah Dhani yang berhutang dgn Dotty (Jasmin Suraya) terpaksa melibatkan Chon di dalam kancah pekerjaan penghantaran duit dan barang terlarang tanpa pengetahuan Chon.

Kemudian Chon ditugaskan untuk menghantar barang kepada pelanggan Dotty, tetapi barang itu telah tertukar tanpa disedari oleh Chon dengan sebungkus sampah. Dotty mengugut Chon untuk memulangkan duit yang hilang itu dan Chon merasa Shah Dhani telah mengkhianatinya. Akibat daripada kejadian itu, Shah Dhani telah dicolek oleh orang suruhan Dotty. Chon dan rakan-rakan terpaksa menyertai perlumbaan haram yang besar “Mara Underground” untuk menggantikan wang yang hilang. 

Jangan lupa saksikan filem aksi komedi bertemakan aksi kereta, Marabahaya Underground yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 2 Disember 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Galaxy A13

Samsung, Galaxy A13 5G, Kini Boleh Didapati di Malaysia!

Dini Azan Schatzmann | 16

sooka Melancarkan Kisah Cinta Remaja Drama Siri Originals KAU VS AKU