in ,

Sinopsis Filem LANGIT CINTA Lakonan Nur Fazura

Langit Cinta mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang gadis desa bernama Khadejah dalam penantian cinta sejati. Dia telah bertemu dengan Aliff, pemuda yang berasal dari sebuah keluarga berada dan sanggup melepaskan segala-galanya demi cintanya.

Namun, cinta suci mereka telah ditentang oleh keluarga Aliff lalu memisahkan ikatan mereka sebagai suami isteri. Khadeja terpaksa berjiwa kental untuk berdepan dengan pelbagai dugaan hidup meskipun Aliff tiada disisi. Di saat Khadeja hampir putus harapan pada cinta Aliff, Budiman menawarkan dirinya bagi merawat luka di hati Khadeja.

Untitled

Sinopsis Filem LANGIT CINTA

Langit yang cerah tidak menjanjikan kebahagiaan, hanya sekadar harapan. Begitu juga dengan hari-hari yang dilalui oleh Khadeja, gadis kampung yang menetap bersama ibunya di Pulau Perindu.

Kehidupan Khadeja berubah apabila, Aliff ,anak kepada Datuk Affendi seorang usahawan yang ingin membuat pelaburan di Pulau Perindu, jatuh cinta pandang pertama pada Khadeja. Keikhlasan dan kesungguhan Aliff untuk mendapatkan Khadeja berjaya melembutkan jiwa kental gadus itu hingga cinta mereka berputik dengan segar. Mereka tetap hidup bahagia biarpun menerima tentangan hebat daripada keluarga Aliff.

“Selagi abang bernafas, abang nak Jah tahu… dalam setiap nafas abang cuma ada cinta untuk Jah seorang,” kata-kata luhur seorang suami yang dicintainya membuat Khadeja semakin bahagia.

Namun, langit cinta mereka tidak selalunya cerah. Kegembiraan Khadeja diduga apabila Aliff tidak pulang selepas menziarahi bapanya yang dikhabarkan sakit di Kuala Lumpur. Penantian Khadeja hanyalah sia-sia apabila Aliff tidak juga muncul mahupun mengutuskan khabar berita. Budiman, sahabatnya sejak kecil sentiasa di sisi memberi semangat dan pertolongan setiap kali diperlukan wanita yang dicintai dalam diam itu.

Walaupun Khadeja bukan lagi gadis seperti dahulu, cinta Budiman tidak pernah berubah. Ketulusan Budiman yang sentiasa memberi sokongan membuatkan Khadeja tersepit.

Bahagiakah dia dengan menerima lamaran Budiman? Adilkah dia melupakan cinta bersama Aliff yang sudah setahun meninggalkannya tanpa sebarang berita? Di antara cinta sejati dan cinta suci, yang manakah bakal membawanya ke alam bahagia?

Mempersembahkan
Sebuah Produksi
Nuansa Sdn Bhd

Tajuk : Langit Cinta
Genre Filem : Romantik Drama
Pengarah : Osman Ali
Penerbit : Astro Shaw Sdn. Bhd.
Nuansa Sdn. Bhd.
Produksi : Nuasa Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
Tarikh Tayangan : 7 Januari 2015
Format : High Definition
Durasi : 120minit
Klasifikasi : P13

BARISAN PELAKON
Nur Fazura sbg Khadeja
Keith Foo sbg Aliff Affendi
Farid Kamil sbg Budiman
Siti Saleha sbg Suzanna
Nadzmi Adhwa sbg Leroy Affendi
Fauziah Ahmad Daud sbg Mak Piah
Zaidi Omar sbg Pak Tam
Dato Jalaluddin Hassan sbg Datuk Affendi
Dian P Ramlee sbg Datin Soraya
Normah Damanhuri sbg Hasnah
Ammar Alfian Aziz sbg Jali
Aida Khalida sbg Puan Sri Salina

TUNGGAK UTAMA
Dipersembahkan oleh : Astro Shaw Sdn. Bhd.
Penerbit Eksekutif : Najwa Abu Bakar
Penerbit : Gayatri Su-Lin Pillai, Imillya Irwani Roslan, Julian Jayaseela
Penerbit Penyelaras : Yusneezam Yusop
Pengarah : Osman Ali
Skrip : Osman Ali
Lakon Layar : Osman Ali
Pengurus Produksi : Adli Bakri Shaary (Buck)
Pengarah Fotografi : Mohammad Naim Shamshol Nahar
Sinematografi : Mohammad Naim Shamshol Nahar
Penyunting Filem : Farra Aizurin Zulkarnain
Penolong Pengarah : Shuhaimi Zulkefli
Penata Busana : Atie Yusoff
Penata Tatarias : Atie Yusoff
Penata Muzik : Nurzaidi Abd Rahman
Penaja Utama : Jamu Mak Dara

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Coldplay Leads the U.K. Chart Crown

Adik Habiel Lutfillah Hidup Merempat Dalam Telemovie ALONG