in

Sinopsis Filem COLD WAR 2 Lakonan Aaron Kwok

Filem COLD WAR, filem Hong Kong dengan untung kasar tertinggi pada tahun 2012 telah mencatat kutipan domestik setinggi HK$44,857,162 dan kutipan RMB253 juta di China. Filem ini juga memenangi 9 anugerah utama di Anugerah Filem Hong Kong termasuklah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik, dan pelakon utama Tony Leung Ka Fai turut merangkul anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.

Poster Cold War 2

COLD WAR adalah nama kod kepada operasi menyelamatkan lima orang anggota polis yang telah diculik. Disebabkan oleh campur tangan unsur-unsur politik, operasi tersebut dianggap kurang berjaya. Dengan adanya penglibatan kuasa politik, operasi tersebut diketuai oleh Ketua Polis Sementara, Sean Lau (Aaron Kwok) lalu memberikannya peluang untuk mencapai pangkat tertinggi dalam pasukan polis.

Ia turut menjejaskan kerjaya dan kedudukan Timbalan Ketua Polis, Waise Lee (Tony Leung Ka Fai). Joe Lee (Eddie Peng Yu Yan), anak lelaki Waise dan suspek tunggal dalam konspirasi tersebut diculik dan ditawan. Selain daripada itu, van polis berteknologi canggih yang telah hilang semasa anggota polis diculik kekal sebagai kesengsaraan bagi pihak polis.

Namun begitu, sebelum kes tersebut ditutup, sebuah ancaman yang lebih besar muncul di hadapan Sean, Ketua Polis yang baru dilantik di mana isterinya telah diculik di khalayak ramai. Si penculik mengemukakan syaratnya iaitu Sean mesti melepaskan Joe dan sendiri menghantarkannya agar isterinya dibebaskan.

Tanpa sebarang pilihan, Sean terpaksa mempertaruhkan kerjayanya jika dia ingin menyelamatkan isterinya. Walaupun isterinya diselamatkan, Joe berjaya melarikan diri dan diselamatkan oleh seorang lelaki misteri. Sean mula menyedari bahawa Joe bukan bertindak berseorangan tetapi seseorang yang amat berkuasa merancangkan setiap langkah dan sentiasa mendahului tindakan polis.

Jawatankuasa Kehakiman memulakan prosiding pendakwaan terhadap Sean atas tuduhan salah guna kuasa. Salah seorang juri jawatankuasa ialah Osward Kan (Chow Yun Fat). Penasihat undang-undang senior dan ahli Lembaga Kehakiman yang berpengaruh besar ini telah menjadi faktor penting untuk menentukan nasib Sean. Tiada orang tahu sama ada dia seorang sahabat ataupun musuh. Musuh-musuh Sean di dalam pasukan polis yang ingin musnahkan kerjayanya berusaha mendapatkan Osward berdiri di pihak mereka.

Dengan adanya musuh-musuh dari jalanan hingga arena politik, dalang sebenar yang bersembunyi di dalam kegelapan mula melaksanakan rancangan utamanya.

_Coldwar_Tposter_Bomb_Aaron_F_Lo-Re

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Carian Apakah Yang Trending di Malaysia Semasa Ramadan-Raya

Siapa Empat Duta Baru Promosi Koleksi Baju Raya Terbaru JAKEL?