in ,

Sinopsis Filem CINDERELLA Lakonan Fizo Omar

Filem arahan Ahmad Idham, Cinderella, akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 19 Disember 2013. Cinderella yang dibintangi oleh Fizo Omar, selaku Salman, dan Nelydia Senrose, selaku Nurul, merupakan sebuah filem yang ditunggu oleh peminat-peminat, terutamanya yang pernah mengikuti kisah Cinderella di kaca televisyen suatu ketika dulu.

Telah menjalani pengambaran sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, Cinderella turut dibintangi barisan pelakon hebat tanahair seperti Kamal Adli, Erin Malek, Fauziah Nawi, Datuk Jalaludin Hassan, Azizah Mahzan, Sahrolnizam dan Azlan Komen.

Poster Sinopsis Filem CINDERELLA

Sinopsis Filem CINDERELLA

[dropcap]F[/dropcap]ilem terbitan ke sebelas oleh Excellent Pictures, Cinderella mengisahkan Nurul, gadis kampung berusia 22 tahun, tinggal bersama ibu tirinya, Ainon serta adik tirinya, Farah dan abang tirinya, Zamil.

Suatu malam, Zamil meluahkan rasa hatinya tetapi ditolak oleh Nurul menyebabkan Zamil bertindak ganas dan cuba merogol adik tirinya itu. Nurul berjaya lepas dan lari ke luar daripada rumah untuk menyembunyikan diri sehingga ke bilik penginapan Salman, anak seorang tokoh korporat terkemuka.

Mereka berdua diserbu oleh ketua kampung, tok imam dan beberapa orang kampung. Salman dan Nurul diberi dua pilihan – di bawa ke balai polis dan didakwa di mahkamah syariah atau berkahwin dan tidak kembali lagi ke kampung tersebut. Bagi menjaga namanya,Salman bersetuju dengan pilihan ke dua.

Apa seterusnya yang berlaku kepada Nurul dan Salman? Nantikan di pawagam bermula 19 Disember 2013.

Filem CINDERELLA Lakonan Fizo Omar

Filem CINDERELLA Lakonan Fizo Omar

Filem CINDERELLA Lakonan Fizo Omar

Filem CINDERELLA Lakonan Fizo Omar

Filem CINDERELLA Lakonan Fizo Omar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Sempena Ulangtahun Budiey.com Ke-7 Sumbangan Samsung

ZE:A Illusionist Concert LIVE in Malaysia 2014