in , ,

Sinopsis Filem Apokalips X Arahan Mamat Khalid

Perang Kimia telah memusnahkan dunia dan hanya meninggalkan sekumpulan anak muda yang berjuang untuk terus hidup. Tiga orang pahlawan utama yang tinggal selepas peperangan tersebut iaitu X (Farid Kamil), Sri Gala (Peter Davis) dan Kala Jengking (Jehan Miskin). Masing-masing mempunyai pengikut tersendiri yang begitu taat kepada mereka. Apokalips X mengisahkan perjuangan geng-geng tersebut dalam usaha menegakkan keamanan melalui perjanjian damai walaupun wujudnya rasa dendam dan benci di antara mereka. X yang digeruni pada zaman kegemilangannya dahulu bertekad untuk tidak berperang lagi sampai bila-bila.

[pullquote]Filem Apokalips X arahan Mamat Khalid dengan lakonan pelakon hebat seperti Farid Kamil, Jehan Miskin, Dazrin Kamarudin, Adam AF, Sarimah Ibrahim dan ramai lagi ini akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 3 April 2014.[/pullquote]

Tetapi perjanjian damai yang telah memberhentikan perang kimia dan pertempuran maut satu ketika dahulu menjadi semakin terancam apabila Aman Chai (Adam AF), pengikut utama X jatuh cinta kepada anak kesayangan Sri Gala iaitu QiQi (Miera Liyana). Pergelutan yang tercetus akibat daripada hubungan cinta tersebut dan juga hasutan Kala menyebabkan QiQi tercedera parah. Sri Gala yang meradang dengan kejadian itu bertekad mahu keluar daripada perjanjian damai yang telah termeterai bertahun lamanya.

Apabila ketegangan antara X dan Sri Gala semakin memuncak, Kala yang gila kuasa pula mengambil kesempatan dengan merancang tindakannya untuk menjatuhkan kedua-dua geng tersebut. Kala berjaya menambahkan bilangan pengikutnya disamping bersiap sedia untuk membuat serangan.

Peperangan yang pernah memusnahkan segalanya sudah pasti akan berulang. Sanggupkah Aman Chai, QiQi dan anak-anak muda yang lain bertahan dan terus hidup? Adakah X akan setia berpegang kepada pendiriannya untuk tidak berperang setelah bersetuju dengan perjanjian damai satu waktu dahulu?Apakah Kala berjaya menguasai semua kawasan seperti yang diimpikannya? Nantikan Apokalips X, 3 April 2014 di pawagam.

Pengarah: Mamat Khalid
Penerbit: Astro Shaw
Sebuah Produksi Tayangan Unggul & Naga VXS
Genre: Drama Aksi

Senarai Pelakon

  1. Farid Kamil sebagai X
  2. Jehan Miskin sebagai Kala
  3. Peter Davis sebagai Sri Gala
  4. Zoee Tan sebagai Kulat
  5. Vassanth sebagai Melur
  6. Dazzrin Kamarudin sebagai Chin Long
  7. Sarimah Ibrahim sebagai Zara
  8. Adam AF sebagai Aman Chai
  9. Nur Hazwani sebagai Kangkung
  10. Iqram Dinzly sebagai Razor
  11. Pekin Ibrahim sebagai Lipan
  12. Miera Leyana sebagai Qi Qi
  13. XY Zakaria sebagai Bintang
  14. Zappa Khalid sebagai Sawan
  15. Adam Khalid sebagai Balung
  16. Amen Khalid sebagai Amen
  17. Azwan Kaswi sebagai Pipit
  18. Dayana Anak Wayang sebagai Kunyit
  19. Pyan Habib sebagai Pendita
  20. Amira Izzati sebagai Kobis

Sinopsis Filem Apokalips X Arahan Mamat Khalid

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Hanez Suraya Bakal Nikah Dengan Suami Orang?

Konsert Amal Dato’ Shake Sempena Hari Ibu di Sarawak