in , ,

Sinopsis Filem ANWAR, THE UNTOLD STORY Lakonan Farid Kamil

Tanggal 1 Mac ini, Bianglala Entertainment selaku penerbit telah mengumumkan secara rasmi filem ANWAR, THE UNTOLD STORY.

ANWAR, THE UNTOLD STORY bakal ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia mulai Mei ini, namun tarikh tayangan umum bakal diumumkan kelak. Rakyat Media adalah syarikat yang memegang hak untuk mengedar filem ini untuk pawagam di seluruh Malaysia.

Sinopsis Filem ANWAR, THE UNTOLD STORY Lakonan Farid Kamil

Selain Malaysia, filem dibintangi Farid Kamil sebagai Anwar, Acha Septriasa (Wan Azizah), Hasnul Rahmat (Mahathir) dan dibantu oleh Piet Pagau, Dewi Irawan dan lain-lain itu juga bakal ditayangkan serentak di beberapa negara termasuklah Brunei dan Singapura. Filem menelan kos perbelanjaan RM10 juta ini bakal memberi anjakan paradigma serta ianya bakal menjadi satu penanda aras baru buat Industri perfileman tanah air kita.

Sinopsis Filem ANWAR, THE UNTOLD STORY Lakonan Farid Kamil

Menjalani penggambaran di Indonesia dan Malaysia dongan gabungan dua negara serumpun ini termasuk kehadiran gabungan pelakon terkenal serta team produksi membuktikan filem ini bakal menarik semua lapisan masyarakat untuk ke pawagam.

Sinopsis Filem ANWAR, THE UNTOLD STORY Lakonan Farid Kamil

Filem sentuhan pengarah Indonesia Viva Westi itu dibintangi pelakon terkenal seperti Farid Kamil Zahari, yang memegang watak utama sebagai Anwar dan Hasnul Rahmat (Tun Dr Mahathir Mohamad) dengan dibantu pelakon Indonesia seperti Acha Septriasa (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), Piet Pagau dan Dewi Irawan.

Selain Malaysia, filem terbitan Bianglala Entertainment turut menjalani penggambaran di Indonesia dengan kos sebanyak RM10 juta.

Mengulas lanjut, Zunar berkata, hasrat menerbitkan filem itu bukan dibuat selepas Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10, sebaliknya idea sudah ada sejak 20 tahun lalu ketika awal gerakan reformasi.

Sinopsis Filem ANWAR, THE UNTOLD STORY Lakonan Farid Kamil

“Sebenarnya, saya sendiri mencatatkan cerita perjuangan Anwar sejak reformasi lagi. Saya memang berhasrat menjadikan filem, tetapi tidak pernah kesampaian sehinggalah saya berhubung dengan Viva sekitar Ogos 2021.

“Selepas berkenalan lebih seminggu, barulah ada perbincangan serius untuk menghasilkan filem, seterusnya membangunkan skrip,” katanya.

Beliau berkata, filem itu bukan berunsur politik, namun mesej yang ingin ditonjolkan berkisar seorang tokoh politik yang secara konsisten dan tegas menentang amalan rasuah dan akhirnya merengkuk di penjara.

Sinopsis Filem ANWAR, THE UNTOLD STORY Lakonan Farid Kamil

“Sama ada Anwar menjadi Perdana Menteri atau tidak, ia tidak timbul, kami tetap angkat filem ini dan percaya mesej diketengahkan baik dan perlu disampaikan kepada orang ramai serta diangkat sebagai dokumentasi sejarah.

“Bagaimanapun, kami boleh dikatakan bernasib baik apabila sebaik sahaja filem siap keadaan politik sudah berubah dan ia menjadi bonus kepada kami yang akhirnya dapat ditayangkan di pawagam kelak,” katanya.

Sementara itu, Farid berkata, dia bertuah kerana sejak bergelar pelakon belum pernah diberi tanggungjawab besar memegang watak pemimpin politik yang pengaruhnya kuat dalam dan luar negara seperti Anwar.

“Saya sempat berjumpa dua, tiga kali sebelum Parlimen dibubarkan, beliau banyak membantu saya untuk memahami situasi sebenar apa yang ditulis di dalam skrip.

“Momen paling indah apabila filem siap, beliau juga diangkat sebagai Perdana Menteri yang ke-10. Akhirnya doa saya dan jutaan rakyat Malaysia lain termakbul untuk melihatnya,” katanya.

Sinopsis ANWAR, THE UNTOLD STORY

Filem ini mengisahkan mengenal jatuh bangun perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam politik terutama melawan rasuah.

Filem diusahakan sejak Ogos 2011 ini siap dan kini bersedia untuk ditayangkan. Set masa filom ini lalah dari tahun 1993 hingga September 1998, laitu ketika Anwar mula menjawat jawatan Menteri Kewangan sehinggalah dipecat. Diolah dari kisah benar, alur ceritanya adalah mengenai sikap Anwar yang tegas dan konsisten menolak berbagai jenis imbuhan dan wang tunai dari pihak tertentu.

Juga bagaimana beliau enggan menggunakan wang rakyat untuk mombailout syarikat anak pemimpin tertentu yang kerugian berbilion ringgit. Kerana itu, beliau difitnah dengan sebuah konspirasi besar, dipecat, dipukul secara brutal dalam lokap dan dibiarkan tanpa rawatan perubatan hingga beberapa hari.

Dari seorang menteri kewangan terbaik yang berjaya membebaskan Malaysia dari belenggu hutang. Akhirnya merengkok di penjara. 

https://flic.kr/p/2ok5M5S

Fakta dan sinopsis filem tersebut ialah seperti berikut:

1. Judul: ANWAR, The Untold Story

2. Durasi: 108 minit.

3. Penerbit: Bianglala Entertainment.

4. Pengarah: Viva Westi

5. Eksekutif Produser: Zunar (Zulkiflee Anwar Haq)

6. Produser. Mohammed Nolizam (Majee)

Untuk keterangan lanjut boleh layari:

Website: http://www.anwartheuntoldstory.com.my

Facebook: ANWAR THE UNTOLD STORY

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Hubungan Cinta Zarina Anjoulie & Khazrul Kembali Bertaut?

Che Ta Melancarkan Inai Dengan Harga ‘Rahmah’ Buat Semua Wanita