in

Sinopsis Filem Aku Kau & Dia Lakonan Remy Ishak & Pekin Ibrahim

SEBUAH KARYA KISAH CINTA AGUNG PIERRE ANDRE

AKU, KAU & DIA

Pengarah Pierre Andre
Tarikh 28 Jun 2012
Terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd

Pelakon Remy Ishak, Zarinatasha Jamalullai (Finalis Dewi Remaja 2010), Harun Salim Bachik, Pekin Ibrahim, Nash, Marisa Yasmin, Haris (Idola Kecil 3), Amirul Afendi

Diambil dari kisah benar apa yang dialami oleh pengarah dan diangkat ke layar perak. Tayangan Unggul sekali lagi memberikan kepercayaan kepada Pierre Andre untuk mengarahkan filem kedua beliau berjudul ‘Aku, Kau & Dia’ yang bakal menemui penonton pada 28 Jun ini. Filem Drama Romantik ini menampilkan wajah baru Zarina, bekas finalis Dewi Remaja 2010 dan buat pertama kali Zarina akan berpasangan bersama Remy Ishak sebagai pasangan kekasih.

Filem ini telah menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur bermula 15 Mac 2011. Turut menjayakan filem ini ialah Harun Salim Bachik, Marisa Yasmin, Nash, Harris Idola Kecil 3, Pekin, dan ramai lagi.

Mengisahkan tentang harapan seorang gadis bernama Mia yang kehilangan tunangnya Ilhan dalam kemalangan jalanraya. Untuk mengubat kerinduan pada arwah tunangnya, Mia mencipta sebuah lagu yang didedikasikan untuk Ilhan.

Kemudiannya, Mia pula mengalami kemalangan dan koma selama 2 minggu. Mia kehilangan lagu yang diciptanya untuk Ilhan dalam kemalangan tersebut. Pulih dari koma, Mia cuba untuk mendapatkan ingatannya kembali kepada nota lagu yang diciptakan untuk Ilhan. Namun Mia gagal berbuat demikian.

Mia kembali ke tempat di mana dia mengalami kemalangan dengan harapan dia dapat mengingati kembali nota lagu tersebut. Di sana dia terjumpa Izlan seorang pemuzik jalanan yang bermain muzik di kawasan tersebut. Izlan memainkan lagu kegemaraan Ilhan. Melalui pertemuan itu, Mia dan Izlan kemudiannya menjadi semakin rapat.

Disitu bermulalah konfiik dalam hidup Mia. Ingatan dan cintanya masih kuat pada tunangnya. Adakan Izlan cinta baru Mia? Mampukah Mia mencipta kembali lagu untuk Ilhan?

Poster Aku, Kau &Amp; Dia

OST FILEM AKU, KAU & DIA

DEJAVU
penyanyi / singer
SHILA AMZAH
lagu / composer SHARON PAUL
lirik / lyrics IMILLYA IRWANI
publisher SCORES MUSIC PUBLISHING / WARNER CHAPPELL MUSIC (M) SDN BHD

PLEASE FORGIVE ME
penyanyi / singer
ELLY MAZLEIN
lagu / composer JULFEKAR
lirik / lyrics JULFEKAR
publisher MILLENNIUM ART SDN BHD

AKU KAU DIA
penyanyi / singer
SHILA AMZAH
lagu / composer SHARON PAUL
lirik / lyrics PEKIN IBRAHIM
publisher SCORES MUSIC PUBLISHING / WARNER CHAPPELL MUSIC (M) SDN BHD

NAMANYA CINTA
penyanyi / singer
HARRIS SHIDI
lagu / composer SHARON PAUL
lirik / lyrics FEDTRI & WAN
publisher SCORES MUSIC PUBLISHING / WARNER CHAPPELL MUSIC (M) SDN BHD

PENDAM
penyanyi / singer
SHAHIR
lagu / composer SHAM KAMIKAZE
lirik / lyrics SHAM KAMIKAZE
publisher MEASAT BROADCAST NETWORK SYSTEMS SDN BHD

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Estranged di Rakaman ROOFTOP NTV7

GIG TRIPLE PLAY Pertaruh BUNKFACE HUJAN NIDJI