in , ,

Sinopsis Enjoy Your Stay Karya Unit Drama TV RTM Pertama Tahun 2024 

Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui Unit Drama TV RTM (UDTV RTM) memulakan tahun 2024 dengan memberikan lebih fokus dalam penerbitan drama-drama berkualiti merentas genre selari citarasa penonton yang mahukan variasi dan pembaharuan.

Lari daripada kebiasaan, UDTV RTM kali ini menghadirkan buah tangan pertama 2024 mereka yang bertajuk “Enjoy Your Stay” dalam bentuk drama bersiri.Drama komedi santai 13 episod arahan Ikhsan Sukiman ini merupakan drama bersiri pertama yang diterbitkan oleh UDTV RTM tahun ini.  

Berlatar belakangkan suasana dan persekitaraan sepenuhnya negeri Sarawak, karya UDTV RTM ini juga turut membuka peluang kerjasama antara kumpulan penerbitan RTM bersama -sama dengan tenaga produksi kreatif Sarawak.

WhatsApp Image 2024-01-18 at 3.20.22 PM

Semestinya elemen-elemen budaya dan etnik Sarawak seperti Iban dan Bidayuh, serta paparan kepelbagaian dialek, makanan dan resepi istimewa Sarawak juga disajikan dalam beberapa episod darama yang bakal menemui penonton hujung Januari ini. 

WhatsApp Image 2024-01-18 at 3.24.24 PM

Sinopsis Enjoy Your Stay

Kehilangan Tuan Rudi sudah menjadi buah mulut pekerja Damai Beach Resort. Dua pekerja am iaitu Sean dan Beber diangkat menjadi pengurus segera kerana mereka yang paling lama berkhidmat di resort tersebut selain Kak Maggie yang menghidap amnesia. 

Sean dan Beber mempunyai dua sikap yang berbeza namun mereka perlu bersama-sama menjadi pengurus hotel untuk menyelamatkan hotel tersebut daripada ditutup sementara menunggu kepulangan Tuan Rudi dan mendapatkan gaji mereka yang tertunggak. 

Kak Maggie meskipun amnesia namun dia cekap tentang kedudukan kewangan hotel. Sangeeta pula merupakan graduan jurusan undang-undang yang bekerja di bahagian ‘housekeeping’. Manakala Cef Ain adalah seorang cef berasal dari kaum Iban yang bangga dengan suku etniknya.

Sofia yang ditawarkan kerja oleh Tuan Rudi datang untuk bekerja dan secara tak langsung membantu mereka yang lain untuk menyelamatkan hotel. 

Dalam waktu dua pengurus baru ini menguruskan hotel mereka yang diambang kemuflisan, pelbagai kisah lucu dan perkara pelik yang terjadi kepada mereka. Dapatkah mereka menyelamatkan Damai Beach Resort dan mendapatkan gaji mereka yang tertunggak?

Apakah yang terjadi semasa mereka menguruskan Damai Beach Resort? Drama bersiri ini akan ditayangkan bermula 31 Januari ini, setiap Rabu, jam 9.00 malam di TV2.  

WhatsApp Image 2024-01-18 at 3.24.20 PM

Pelakon:

Harris Alif sebagai Sean, Aisar Khaledd (Beber), Azam Pitt (Cef Ain), Sangeeta Krishnasamy (Sangeeta), Risteena Munim (Sofia), Ruby Ooi (Kak Maggie) selain turut menampilkan pelakon-pelakon cameo seperti Amelia Henderson, Anding Indrawani, Dewi Liana Seriestha, Tony Eusoff, Sahronizam Noor, dan Mubarak Majid.

WhatsApp Image 2024-01-18 at 3.24.25 PM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

WINGS

Wings Perkenalkan Peraduan Tonton, Gores & Menang Untuk Pembeli Tiket

Selesai Jalani Proses Kurus, Iqbal Zulkefli Tak Boleh Makan 9 Hari