in , ,

Sinopsis Drama TUMPANG LALU BANG Lakonan Tomok & Kilafairy

Misi Memikat Hati Bakal Abang – Abang Ipar

Menyusuli ‘Oh My Hantaran’, nantikan drama bersiri baharu gandingan Tomok dan Kilafairy dalam TUMPANG LALU BANG yang akan bersiaran menerusi slot Diandra, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 8.30 malam bermula 2 Februari 2022.

Drama bersiri 28 episod ini diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd, diarahkan oleh (Eoon Shuhaini), nukilan skrip oleh Wan Mahani dan menampilkan barisan pelakon popular tanah air seperti Tomok, Kilafairy, Black Hanifah, Afzan A. Rahman, Raja Afiq, Aidil Aziz, Qi Razali, Danial Dashuki, Ziana Zain dan ramai lagi.

Sinopsis Drama TUMPANG LALU BANG Lakonan Tomok & Kilafairy

TUMPANG LALU BANG mengisahkan Nizam (Tomok) jatuh cinta pada pandangan pertama dengan Sofiah (Kilafairy). Sofiah tidak mengendahkan Nizam kerana dia berpegang kepada prinsipnya yang hanya akan melayan bakal imam yang cukup dan sempurna di matanya dan juga keluarganya. Akhirnya Nizam berjaya memikat hati Sofiah dan di situlah bermulanya cabaran baharu untuk mendapatkan restu keluarga Sofiah.

Ibu bapa Sofiah tidak memandang pada harta tetapi mereka menetapkan syarat bahawa Nizam perlu mendapatkan restu daripada lima orang abang Sofiah iaitu Sufian (Aidil Aziz), Sobri (Black Hanifah), Syahrin (Raja Afiq), Syamil (Afzan A. Rahman) dan Shuib (Danial Dashuki). Tindakan abang-abang yang bersikap ‘overprotective’ tidak akan bagi jalan mudah kepada Nizam. 

Demi cinta, Nizam sanggup terima apa saja syarat yang dikenakan oleh keluarga Sofiah. Keadaan menjadi lebih rumit apabila ibu Sofiah, Emma (Ziana Zain) menjadi ketua dalang yang bertujuan mahu menggagalkan semua cabaran Nizam. Bagaimanakah Nizam dan Sofiah berhadapan dengan pelbagai cabaran yang diberikan? Berjayakah Nizam bertahan demi cintanya pada Sofiah? 

Sinopsis Drama TUMPANG LALU BANG Lakonan Tomok & Kilafairy

Jangan ketinggalan untuk menonton drama romantik komedi ini, TUMPANG LALU BANG menerusi slot Diandra TV9, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 8.30 malam bermula 2 Februari 2022. . 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia.  

Sinopsis Drama TUMPANG LALU BANG Lakonan Tomok & Kilafairy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Salam Takziah! Ayah Dato Azizulhasni Meninggal Dunia 

TRAVEL

5 Pusat Beli-Belah Di Negeri Selangor Dengan Dekorasi Meriah Bertemakan Perayaan Tahun Baru Cina!